innity

pages

Saturday, December 3, 2016

[PENIAGA DIKECAM JUAL COKLAT WAJAH TUN MAHATHIR] PAU 2016: Coklat Mahathir vs coklat Najib


KUALA LUMPUR - Hari terakhir Perhimpunan  Agung  Umno 2016, menyaksikan pelbagai inisiatif yang dilakukan para peniaga untuk melariskan produk mereka.
Antaranya, usaha yang dilakukan oleh penjual produk coklat, Shuhaida Saidah yang berniaga coklat dengan 'menjual muka' presiden Umno termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ditemui Sinar Online di gerainya yang terletak di aras tiga Pusat  Dagangan Dunia Putra (PWTC), Shuhaida berkata, walaupun mendapat kecaman sesetengah pihak kerana menjual coklat yang memaparkan wajah Mahathir, dia 'tidak ambil pusing mengenai perkara itu'.
"Semalam kita dikecam, ada yang tanya kenapa jual coklat yang ada gambar Tun M. Bagi saya, kami (peniaga) bukan ahli politik.
"Lagipun inikan fakta sejarah, beliau tetap bekas Presiden Umno," katanya yang menjual coklat itu dengan pakej enam presiden Umno dalam harga istimewa RM10.
Dalam pada itu, berbicara mengenai sambutan terhadap produk coklatnya itu, Shuhaida berkata sepanjang lima hari berlangsungnya perhimpunan itu, coklat yang memaparkan muka Presiden Umno sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak paling laris.
"Muka Najib paling laku, diikuti muka Tun Mahathir dan lain-lain bekas presiden," katanya.

5 comments:

  1. YANG DATANG TU UMNO HIPOKRIT, MANA BERANI BELI YANG TUN M PUNYA, DALAM RAMAI2 YANG HIPOKRIT TU PON LAKU JUGA YANG GAMBAR TUN M, MAKNAYA ORANG UMNO PUN DAH TAK TAHAN DENGAN PENIPUAN NAJIB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ahli umno jgn menyebok nak komen lah...

      Delete
    2. Ikut kamulah nak kata apapun.....

      Delete
  2. Orang tak sanggup bli coklat berwajah Tun sbb apa..?logiknya lps mkn kulit balut coklat tu mesti kena buang ke tong sampah kan..?jadi adalah lebih wajar muka dato seri najib berada di tong sampah..

    So tak jadi hairan lah COKLAT NAJIB lebih laku sbb seronok membakul sampahkan wajah yg menjadi kemarahan orang..apatah lagi presiden suka membakul sampahkan rintihan orang Melayu..


    Well done..good job!!

    ReplyDelete
  3. Boss tak bagi dedak lg....boss pula,tgu big boss bagi...makan lah duit haram hasil jual agama bangsa dan tanahair

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com