innity

pages

Saturday, December 10, 2016

Penduduk kampung saya 70 peratus miskin, tapi pemimpin 100 peratus kaya: Mad Sabah Lawak Solo


10 Rabiulawal 1438H, Sabtu – Lawaknya bersahaja tapi membawa mesej mendalam dan sinis terhadap pemimpin negeri Sabah.
Demikian antara komen netizen terhadap persembahan oleh pemenang tempat kedua rancangan realiti , Achmad Rusli atau nama popularnya Mad Sabah, 28 tahun yang berasal dari negeri di bawah bayu itu.
“Saya orang pedalaman Sabah, kampung saya kaya dengan keindahan flora dan fauna, kaya dengan keindahan pulau dan pantai, kaya dengan orang miskin.
“Kampung saya 70 peratus penduduknya miskin, 30 peratus pura-pura kaya.
“Saya hairan, penduduk kampung saya 70 peratus miskin, tapi 100 peratus pemimpin dia kaya.
“Setiap tahun pemimpin akan cakap, ramai orang yang keluar daripada kemiskinan, tapi dia tak pernah kira berapa ramai yang masuk.
“Dan saya tak faham, pemimpin ni dia bagi rumah, bagi kereta, dia bagi driver, tapi orang miskin macam saya dia bagi apa? Dia bagi tahu pemimpin dapat semua,” katanya sambil mendapat sambutan daripada penonton yang hadir dalam rancangan itu semalam.
“Walaupun miskin saya bersyukur, di kampung ada bidan kampung, waktu bersalin, bidan sambut, kalau tak ada bidan, mesti mak saya mengandungkan saya sampai sekarang.
“Walaupun miskin, saya diberi makan secukupnya, pagi saya makan ayam, tengah hari makan tomyam, malam makan kari, semua megi.
“Walaupun saya miskin, saya ada harga diri, maruah yang tinggi, saya malu menganggur di kampung, jadi saya datang KL, menganggur di KL,” katanya yang memenangi hadiah wang tunai RM40,000 beserta trofi. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com