innity

pages

Tuesday, December 27, 2016

Pembelian Harga Luar Biasa Eagle High Plantation, Kebajikan Peneroka Dipertaruhkan


*KENYATAAN RAFIZI RAMLI*
_26 DISEMBER 2016_

*KEBAJIKAN PENEROKA DIPERTARUHKAN DENGAN PEMBELIAN HARGA LUAR BIASA EAGLE HIGH PLANTATION, LAPORAN POLIS TERHADAP KESEMUA AHLI LEMBAGA PENGARAH FELDA DAN DATO’ SERI NAJIB*

Reaksi rasmi Felda bahawa pembelian 37% pegangan di dalam Eagle High Plantation (pada harga yang diketahui seluruh dunia sebagai tidak masuk akal) tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada peneroka, sebenarnya satu gambaran awal bagaimana takutnya kepimpinan kerajaan akan kemarahan rakyat mengenai isu ini.

Saya memilih untuk tidak menghuraikan semuanya hari ini kerana ini musim cuti dan ramai yang tidak menyemak berita. Saya juga tertanya-tanya sama ada masa berita pembelian ini dilaporkan (atau diumumkan) sengaja ditetapkan di akhir tahun untuk mengurangkan kritikan rakyat kerana ramai yang bercuti.

Saya akan memanggil sidang media tergempar di INVOKESpace (bit.ly/directioninvokespace) pada 27 Disember 2016 (Selasa) jam 1 petang untuk mengulas isu ini bersama-sama dengan satu lagi isu besar iaitu pengakuan tidak rasmi Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa kos keseluruhan projek MRT akan melebihi RM100 bilion. Saya sedang mengatur untuk mendapatkan beberapa pimpinan dan aktivis Felda yang lain untuk bersama-sama dalam sidang media tergempar tersebut.

Hakikatnya, apabila pembelian itu dibuat melalui Felda (bukannya FGV seperti yang dicadangkan sebelum ini), kesan dari penggunaan dana Felda yang sudah pun berkurangan untuk urusniaga ini yang mahal ini, sudah tentu akan dirasai terus oleh peneroka Felda di seluruh negara.

Jika kejatuhan harga saham FGV tidak memberi kesan secara langsung kerana kerugian atas kertas tidak dirasai selagi bank tidak mengambil tindakan mahkamah untuk menuntut kembali hutang (jika saham dibeli dengan pembiayaan bank), sebarang ketidaktentuan dalam aliran tunai Felda akan mempunyai kesan terus kepada peneroka.

Bagi peneroka yang masih menjual buah kelapa sawit mereka melalui Felda, mereka mungkin terkesan dari segi tawaran harga atau tempoh bayaran. Bagi peneroka yang menyerahkan kerja-kerja penanaman semula kepada Felda, mereka akan terkesan dari segi kemajuan kerja-kerja penanaman semula pokok kelapa sawit, hutang yang mereka terpaksa tanggung dari penanaman semula itu serta ketepatan bayaran elaun sara hidup sementara menunggu hasil kelapa sawit mereka.

Malah, bagi keseluruhan warga Felda yang masih menetap di tanah perancangan, mereka akan terkesan hatta dari segi barang runcit yang dibekalkan melalui kedai-kedai yang diusahakan oleh Felda.

Saya yakin bahawa pembelian Eagle High Plantation ini adalah kesilapan terbesar pimpinan Umno/Barisan Nasional kerana ia memberi peluang kepada saya masuk ke tanah perancangan Felda untuk menerangkan dengan terperinci pertanggungjawaban Dato’ Seri Najib dalam urusniaga ini. Saya juga yakin tanah perancangan Felda adalah medan tempur saya dan Umno/Barisan Nasional yang terakhir; iaitu satu-satunya institusi Melayu/Islam yang saya belum tumpukan sepenuh tenaga saya untuk diselamatkan dari kerakusan pimpinan yang ada sekarang. Dengan beralihnya sokongan 3% hingga 5% pengundi dari tanah peracangan Felda, akan jatuhlah pentadbiran Dato’ Seri Najib.

Bermula esok, saya akan mula mengupas aspek kewangan dan membuktikan bagaimana pembelian ini akan memudaratkan kebajikan peneroka. Sidang media mengenai Felda ini akan diadakan setiap hari minggu ini dan diikuti dengan satu laporan polis terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak dan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Felda pada hari Khamis, 29 Disember 2016 jam 3 petang.


*RAFIZI RAMLI*
*AHLI PARLIMEN PANDAN*
*NAIB PRESIDEN KEADILAN*

8 comments:

  1. lepas ni UMNO janji pada peneroka..."kalau BN menang PRU14, tuan-tuan semua akan dapat durian runtuh setiap sorang......bla...bla..bla...". Maka semua peneroka kan tetap setia pada BN...

    ReplyDelete
  2. Sialnya manusia yang bernama Rafizi ni.....
    Pertama - masih mahu mengatakan apa yang diperkatakan bahawa projek MRT melebihi 100 Billion untuk keseluruhan packaje mrt 1, mrt 2, mrt 3 yg masih dalam kerangka (ini adalah package 100% di bawah tanah).... (sedangkan sebelum ini dia menyatakan 100 billion hanyalah untuk package 1-SBK. Memang inilah manusia paling sial pernah hidup di Pandan.
    Kedua - sekarang dia dengan sialnya menykar topengnya kepada pakar perladangan pula. Kita lihat sejauh mana dia mahu pergi sebelum lidahnya terkulat dan kakinya lumpuh untuk berjalan. Cukup2lah rafizi..... kenapa tidak bongkar penyelewengan PKR dan DAP di negeri2 pemerintahan mereka.... dan kalau pun ingin menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.... tidak perlu bergerak dalam politik lah gondol.

    ReplyDelete
  3. CG..mustahil orang FELDA tak tahu..tapi dibuat juga..sbb dah kowtim dgn tokey high eagle..duit lebihan harga saham tu akan dipusingkan semula masuk kantung seseorang di Malaysia ni..katanya tokey ni pun selalu bagi pinjam private jet dia pada seseorang atau sepasang di Malaysia ni...

    ReplyDelete
  4. Takpayah rafizi. Kita ni yg tak pandai pun tau. Semua org besar felda kat london ni. Diaorang peduli apa peneroka felda. Peneroka pun akan tetap undi umno. Pengerusi yg jelas samun sampai kering duit pun kena sambung lagi kontrak. Tak payah melalaklah rakyat wooooiii.

    ReplyDelete
  5. "Saya memilih untuk tidak menghuraikan semuanya hari ini kerana ini musim cuti dan ramai yang tidak menyemak berita. Saya juga tertanya-tanya sama ada masa berita pembelian ini dilaporkan (atau diumumkan) sengaja ditetapkan di akhir tahun untuk mengurangkan kritikan rakyat kerana ramai yang bercuti." - di selang hari yang sebelumnya... sedang seluruh dunia juga berada dalam mood cuti sekolah... kolej.. mingguan.. perayaan dan segala macam cuti... "New York, - Dewan Keamanan PBB menuntut Israel menghentikan pembangunan permukiman Yahudi di wilayah Palestina, setelah Amerika Serikat tidak menggunakan hak vetonya dalam voting atas resolusi yang mengecam sekutu Timur Tengah terdekat AS itu." - boleh Rafizi anggap bahawa resolusi ini sengaja disuarakan dan kata sepakat dicapai dalam situasi..."tak mengapa.... masyarakat dunia sedang horey! Horey!.... tiada yang peduli. Kamu ni memang busuk hati lah Rafizi.

    ReplyDelete

  6. Pengurusan Felda harus bertanggungjawab ke atas apa2 kerugian yg ditanggung oleh ahli2nya.
    Sekiranya perlu Najib misti menggantikan dg pengurusan baru yang lain. Kita tak mau ada gunting dalam lipatan yg akan telingkupkan Umno nanti.

    ReplyDelete
  7. Insyallah..hancur dan musnah najib umno
    Insyallah pribumi dan harapan menang pru14..

    ReplyDelete
  8. Anon 248..pengurusan felda tak bersalah..sbb ada tangan2 hitam dari atas yang mennyuruh mereka berbuat begitu...mula2 nak guna fgv..tp fgv pun sakit..skrg guna FELDA pulak..agensi kerajaan..tpi motifnya sama..nak cekau duit yg dibayar premium tak munasabah hasil pembelian tersebut...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com