innity

pages

Tuesday, December 20, 2016

[PEMBANGKANG PERLU SEPAKAT] Prof. Izani, UPM: Agihan kerusi agenda kritikal


Pakatan pilihan raya atau pengagihan kerusi dalam pilihan raya oleh pakatan pembangkang sangat kritikal dalam merealisasikan strategi satu lawan satu.

Penganalisis politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain berkata, berdasarkan PRU 2008 dan 2013, berlaku pertembungan tiga penjuru apabila parti pembangkang gagal capai kata sepakat untuk meletakkan seorang calon melawan BN.   

"Apa yang dicadangkan oleh Timbalan Presiden PKR itu adalah satu tindakan politik yang berjiwa besar. Cuma isunya, parti politik mana yang sanggup mengorbankan kerusi mereka kepada Bersatu?

"Jika ya diberi kepada Bersatu, pastinya fokus parti itu (Bersatu) kepada kawasan majoriti Melayu, sedangkan kawasan Melayu biasanya kawasan Pas," katanya.   

Mohd Izani berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyatakan kesediaan PKR untuk berunding memberi laluan kepada Bersatu dalam soal pembahagian kerusi pada PRU14.

Bagi Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib pula, beliau berpendapat, PKR sebenarnya diancam kepupusan dan kemusnahan kerana kerusi mereka (PKR) berpotensi dalam pertembungan tiga penjuru antara BN, Pas dan PKR.

"PKR sedar tanpa kerjasama dengan Bersatu dan sokongan kumpulan pro Tun Dr Mahathir Mohamad, mereka terancam akibat digugat oleh Pas yang mahukan pertembungan pelbagai penjuru.

"Lagipun, kebanyakan pemimpin kanannya (PKR) daripada kalangan bekas orang Umno dan Bersatu pun sama, jadi pemupukan kerjasama PKR dan Bersatu lebih mudah. Apa yang Azmin katakan itu petanda toleransi supaya, baik PKR mengalah, paling kurang kerusi mereka mungkin dapat diselamatkan," katanya.

2 comments:




  1. Aku ingin cadangkan Prof. Izani sebagai penyelaras pengagehan kerusi calon pembangkang bagi pru14. Dulu PRK Kuala Kangsar ada Prof. Izat apakenama dah tergolek kalah. dan hilang wang pertaruhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin cadangkan kita talkin kan umno pru 14.
      Batu nesannya di putra jaya.
      Aamiin!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com