innity

pages

Monday, December 5, 2016

Pekerja Huawei dapat bonus RM97.6 bilion


BEIJING - CHINA. Hanya kerja tiga tahun, tetapi boleh dapat bonus RM100,000!

Itulah untungnya kerja di Huawei Technologies Co. Ltd., syarikat multinasional China yang menghasilkan alat-alat rangkaian telekomunikasi.

Syarikat ini yang kini merupakan pembuat alat-alat telekomunikasi terbesar di dunia, dipercayai memperuntukkan sebanyak 150 bilion Yen ( RM97.6 bilion) sebagai bonus untuk diagihkan kepada semua pekerjanya berdasarkan keuntungan yang diperoleh syarikat tahun ini.

Menurut laporan portal berita tempatan, Xinlang, bagi pekerja berkelulusan universiti yang berkhidmat lebih daripada tiga tahun, mereka pasti tersenyum puas apabila layak memperoleh bonus sekurang-kurangnya 150,000 Yen (RM100,000) setiap seorang.

Sementara bagi mana-mana pekerja yang menyertai syarikat itu sebelum tahun 2000, setiap pekerjanya akan menikmati bonus lebih daripada 1,000,000 Yen (RM650,000).

Adalah dianggarkan, pada tahun ini, sekurang-kurangnya 3,000 pekerja Huawei akan diberi bonus 2,000,000 Yen (RM1.3 juta) dan apa yang paling menariknya ialah setiap pegawai atasannya yang berpangkat Gred 21 dan Gred 22 akan berpeluang mendapat bonus sehingga 5,000,000 Yen (RM3.25 juta)!

Huawei ditubuhkan oleh bekas pegawai tentera, Ren Zhengfei pada tahun 1987 sebagai syarikat sendirian yang dimiliki oleh pekerja-pekerjanya.

Sehingga hari ini, Huawei yang beribu pejabat di Shenzhen mempunyai lebih daripada 140,000 pekerja dengan gaji minimum tahunan 170,000 Yen (RM115,000).

2 comments:

  1. Kerja di malaysia..gaji disonglap bajib...GST..BARANG NAIK..skandal..hutang negara..tarik subsidi..duit jatu.h..

    Betulah tanda kehancuran bn umno bajib..
    Keris

    ReplyDelete
  2. Yen? Chinese Yuan kot..jauh sgt perginya smpi matawang jepun.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com