innity

pages

Wednesday, December 7, 2016

PAS mahu Najib perjelas kehadiran Panglima ATM ke Myanmar


Kunjungan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Myanmar untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara disifatkan sebagai bertentangan dengan sikap tegas Datuk Seri Najib Razak terhadap Muslim Rohingya pada Himpunan Solidariti Ummah, Ahad lalu, kata PAS.
Naib Presiden parti Islam itu, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Perdana Menteri perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengapa Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hadir ke Myanmar untuk memulihkan hubungan Malaysia dan Myanmar.
“Akhbar Myanmar Times melaporkan Panglima Angkatan Tentera itu berada di negara itu untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara.
“Ini amat bertentangan dengan sikap tegas beliau pada himpunan di Kuala Lumpur Ahad lepas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada himpunan yang turut disertai kira-kira 10,000 orang itu, Najib menganggap masalah Muslim Rohingya sebagai isu kemanusiaan yang wajib diperjuangkan.
Bukan sekadar itu, Najib juga berkata bahawa beliau tidak kisah jika ketegasan Malaysia dalam isu Rohingya akan menjejaskan hubungan dengan Myanmar.
Bagaimanapun, Iskandar berkata, sikap ditunjukkan panglima ATM yang ingin memperbaiki hubungan kedua-dua negara itu tidak akan memberi tekanan pada Myanmar, malah dilihat tidak serius memperjuangkan nasib Rohingya.
“Kecuali jika panglima ATM ke sana adalah untuk memberi amaran kepada pemerintah Myanmar,” katanya. - ismaweb

7 comments:

  1. Pergi negara orang nk bagi amaran?
    Huhuhu. . .
    Hilang akal ke apa?

    ReplyDelete
  2. Tak payah tanya Najib. Tanya panglima tentera tu apa dia buat kat Myanmar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ingat jeneral tu suka2 pergi tanpa kebenaran kerajaan ke? Sudah tentu dpt kelulusan Najib..

      Delete
    2. Pergi tanpa kebenaran?
      Pergi atas arahan jibon.

      Delete
  3. Allah rahmati HARAPAN... amin

    ReplyDelete
  4. PASampah kena tanya diri sendiri dulu.....selama nya nak bodohkan diri sendiri atau nak bodohkan orang-rakyat....

    ReplyDelete
  5. tak ke tindakan semacam ini akan menjadi satu penghinaan kepada kita?kita dah marah n maki dia kaw2,pastu kita sendiri plak pegi pujuk dia..org2 lain pasti akan kata kita ni cakap x serupa bikin,dah ludah jilat balik, penakut, Tin kosong dan mcm2 lagi..kenapa kita sanggup mengaibkan diri sendiri?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com