innity

pages

Friday, December 9, 2016

Parlimen Korea Selatan LULUS USUL PECAT Presiden


SEOUL: Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan usul bersejarah memecat Presiden Park Geun-hye berikutan skandal rasuah, sekali gus menggantung kuasa beliau. 

Speaker Dewan Negara, Chung Sye-kyun berkata 234 menyokong, 56 menentang manakala sembilan undi lagi berkecuali dan tidak sah. 

Undian itu melepasi sekurang-kurangnya dua pertiga sokongan yang diperlukan daripada sejumlah 300 kerusi. 

Mahkamah Perlembagaan akan membuat keputusan sama ada untuk meneruskan usul itu dan menyingkirkan Park daripada jawatannya atau menolaknya dan mengembalikan beliau semula. 

Perdana Menteri akan bertindak selaku pemangku Presiden sehingga mahkamah mengumumkan keputusan. - Reuters

1 comment:

  1. Insyallah..amin..ppbm harapan menang pru 14

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com