innity

pages

Thursday, December 8, 2016

[NAJIB LEGA, SAH TIADA 1 LAWAN 1] PRU14: PAS takkan beri kerusi pada AMANAH, DAP


PAS hari ini menegaskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP menjelang pilihan raya akan datang.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, justeru, PAS tidak memberikan sebarang kerusi buat AMANAH dan DAP setelah kecewa dengan tindak-tanduk kedua-dua parti itu, memetik laporan Sinar Harian Online.
"AMANAH tidak ada kerusi, macam mana nak bekerja dengan orang yang ada kerusi?
"Saya rasa mereka hanya nak bekerjasama kerana mereka mahukan kerusi. PAS sebelum ini sudah memberitahu, yang kami akan pertahankan kerusi yang ada," ujar beliau dalam sidang media, hari ini.
AMANAH terdahulu menyatakan kesediaan untuk membuka pintu kepada mana-mana pihak termasuk PAS sekiranya mahu bekerjasama menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub mengumumkan kesediaan itu ketika ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum bantahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke Istana Negara pada bulan Mac yang lalu.
Menurut beliau, PAS memang bermuafakat bekerjasama dengan rakan-rakan parti politik setiap kali pilihan raya.
"AMANAH keluar bawa lari dengan kerusi sekali. Dah bawa lari kerusi PAS, AMANAH apa macam tu?
"Yang penting sebenarnya apakah nilai tambah kepada parti yang baharu ditubuhkan? Kalau tarik ahli Umno maka adalah nilai tambah.
"Kalau AMANAH (pembangkang) tarik ahli PAS (pembangkang) maka tidak ada nilai tambahnya," bidas beliau.

4 comments:

  1. Takpalah, biarlah PERTANDINGAN TIGA PENJURU.
    Biar rakyat yang membuat keputusan samada nak pilih
    Umno, PAS atau Pakatan Rakyat.
    Pertandingan tiga penjuru tak semestinya berakhir,
    UMNO yang menang.
    Mana tahu, PAS pulak yang menang!!!!!!
    Atau Pakatan HGarapan yang menang.
    Apa-apa pun boleh berlaku.
    Berpegang kepada KEYAKINAN.

    ReplyDelete
    Replies


    1. Setuju dengan pandangan ini.

      Delete
  2. Strategi terbaik amanah mesti bubar atau keluar dari PH. Pas lebih utama. Ph kena berani buat keputusan. Bukan untuk sesiapa tapi untuk rakyat yang rajanya sedang tersipu sipu senyum dalam gelap.

    ReplyDelete
  3. Betul tu Cik Minah... nenek setuju sesangat... semuanya bergantung kepada pengundi dan ketentuan Allah jua...
    Bila Cik Minah kata Berpegang kepada KEYAKINAN maka nenek YAKIN UmnoBN akan kecundang....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com