innity

pages

Sunday, December 11, 2016

[MUKA JAHAT KJ BERBANDING BOBOI] 5 Soalan, KJ MESTI JAWAB isu Surat Letak Jawatan


Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bukan saja menunjukkan pengampuannya yang luar biasa kepada Najib Razak melalui serangan kepada Tun Mahathir Mohamad dengan mengubahsuai sajak "Melayu Mudah Lupa", malah juga mempersenda dan mengejek Mukhriz Mahathir dengan beberapa kali memanggilnya sebagai "Boboi".

"Saya telah menang Ketua Pemuda, tetapi saya dimasukkan ke dalam peti simpanan.

"Namun Boboi yang tewas telah dilantik sebagai Timbalan Menteri, tetapi saya tidak kecewa, saya istiqaamah bersama Presiden.

"Saya juga dituduh berwajah jahat berbanding "muka sedih"  Boboi," kata Khairy Jamaluddin lagi yang juga lebih popular dengan panggilan KJ.
Bagaimanapun, sekarang ini Mukhriz pula mendedahkan bahawa KJ sebenarnya pernah menghantar surat perletakan jawatan kepada Najib kerana tidak bersetuju dengan penjelasan mengenai 1MDB.

Namun, tambah Mukhriz, beliau difahamkan KJ kemudian menarik balik surat itu setelah dipujuk oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Mukhriz turut mendedahkan bagaimana beliau sendiri pergi ke rumah KJ pada jam 11.30 malam, tahun lepas setelah dijemput oleh seorang kenalan dan pertemuan sulit  dengan Menteri Belia dan Sukan turut ada saksi yang hadir bagi bertujuan mencari jalan untuk menyelamatkan masa depan UMNO berikutan akar umbi yang dikesan semakin menolak kepimpinan Najib.

Maka, apa cerita ni KJ? Betulkan pendedahan yang dibuat oleh Mukhriz itu?

Pertama, betulkah beliau tidak setuju dengan penjelasan Najib mengenai 1MDB sebelum ini?

Kedua, benarkah beliau pernah menghantar surat perletakan jawatan kepada Najib?

Ketiga, benarkah Zahid Hamidi memujuknya agar menarik balik surat perletakan jawatan itu dan apa "pujukan" daripada seorang Timbalan Perdana Menteri yang membuatkannya setuju menarik balik itu?

Keempat, benarkah pernah ada pertemuan sulit antara beliau dengan Mukhriz pada jam 11.30 malam di rumahnya sepertimana yang didedahkan oleh bekas Menteri Kedah itu?

Kelima, apakah faktor sebenar yang menyebabkan beliau sekarang ini seolah-olah bersetuju dengan 1MDB, malah sedia menjadi pengampu tersohor kepada Najib?

Hanya lima soalan saja KJ, bila nak jawab ni? 

(http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 10/12/2016).

10 comments:

  1. KJ silap buat kenyataan Dato Seri Mukhriz tu sebagai boboi dan dia sendiri sebagai muka jahat kerana selama ini pun rakyat tahun Dato Seri Mukhriz seorang yg baik, anak yang hormati ibu bapa, yg mmg sesuai dengan watak boboi

    sekarang rakyat yakin KJ seorang yg jahat sama seperti andaia sebelum ini yg sentiasa bergelumang dengan dunia artis dan [enuh glamour, seorang anak yg nakal dan tidak hormat orang tua

    ReplyDelete
  2. Kj syaitan topeng iblis

    ReplyDelete
  3. bodo laa puak2 pengkhianat ni..ape "boboi" cakap semua telan bulat2..kalau madey bg taik soh telan pun die telan jugak..ngok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kau jugak Haram Jadah yang sanggop isap peler Lanun Bugis demi dedak haram

      Delete
  4. sapa tak kenal KJ, tiada prisnsip perjuangan, dia hanya utamakan kepentingan peribadi dan pangkat,

    ReplyDelete
  5. Apa prinsip perjuangan boboi plak?.... prinsip dia mau naik free.... abah tolong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alasan ni dah basi la abg kulop...

      kalau abah dia nak bg dia naik apesal abah dia suruh pak lah turun n sokong n push ahgor naek? bodoh punya alasan..takdak modal..

      Delete
  6. Tabi'at Melayu UMNO yang sanggop bust apa saja demi wang dan harta.

    Ketuanya Lanun Besar anjing2 nya penyamun dan pemakan dedak.

    Blogger2 penhilatnya pulak sanggop makan dedak haram.

    ReplyDelete
  7. Pengammpu UMNO menyokong perbuatan rasuah dan curi wang negara. Memang tahap pengkhianat kpd negara.

    ReplyDelete
  8. Talkin umno tu selesai masaalah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com