innity

pages

Friday, December 16, 2016

MUHYIDDIN LAYAK DIANGKAT JADI PM - Prof Ulung, Datuk Dr Shamsul Amri


SHAH ALAM- Penganalisis politik berpendapat, selain Datuk Seri Anwar Ibrahim,individu yang akan dilantik memegang jawatan perdana menteri oleh pembangkang sekiranya memenangi pilihan raya umum akan datang adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Pengerusi, Majlis Professor Negara, Prof Ulung, Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, selepas Anwar hilang kelayakan menjadi perdana menteri, Muhyiddin individu paling layak berdasarkan pengalaman dimiliki.

Katanya, selepas Anwar hilang kelayakan, hanya Muhyiddin dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memiliki pengalaman dan kriteria dalam ketuai barisan Kabinet.

Muhyiddin mempunyai pengalaman dalam Kabinet seperti Anwar, malah beliau juga pernah menjadi timbalan perdana menteri seperti Anwar,” katanya.

Katanya, Tun Mahathir pula boleh dilantik penasihat perdana menteri.

Tambahnya, Tun Mahathir tidak akan memegang kembali jawatan perdana menteri namun beliau sedar peranan beliau diperlukan.

“Konsep mentor minister (menteri) adalah yang difikirkan pembangkang. Oleh itu Tun Mahathir akan jadi penasihat Muhyiddin,” katanya.

Sementara itu Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, kesediaan Pakatan Harapan untuk mengemukakan tokoh yang boleh dicalonkan sebagai perdana menteri sangat mendukacitakan.

Dalam banyak pemimpin pembangkang yang ada mereka dilihat hanya sebagai pengikut agenda Anwar. Sebab itu tanpa Anwar berlaku perpecahan dan huru-hara,” katanya. - SH

1 comment:

  1. Makan dedak prof uum tu
    700 billion hutang negara÷ bayar 50 billion setahun
    =14 tahun kena bayar hutang
    Pendapatan negara cecah 50 billion setahun...?

    Sedak ke pemakan dedak belake...

    Insyallah pribumi dan harapan menang pru14

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com