innity

pages

Tuesday, December 6, 2016

MUDAHnya Buat EMBLEM, kebal kah jika Kereta Pakai emblem, Crest, Crown, Badge?


APAKAH fungsi emblem, crest, crown atau badge yang dipasang di bahagian tepi atau atas nombor pendaftaran kenderaan? 

Adakah pemasangannya bertujuan menunjukkan kesatuan, membuktikan pangkat seseorang atau kerana mahu mempamerkan darjah kebesaran?

Adakah ia benar-benar yang telah dianugerahkan kepada si pemakai atau hanya syok sendiri kerana emblem mudah didapati? Adakah lambang atau logo yang dipaparkan ini menunjukkan kekebalan daripada undang-undang misalnya boleh memasang cermin gelap, meletakkan kenderaan sesuka hati tanpa di saman pihak berkuasa?

Pemakaian emblem tidak menyalahi undang-undang selagi ianya tidak menghalang nombor pendaftaran, tetapi persoalannya adakah semua emblem dipasang itu sah atau sebaliknya?

Laporan Sorot minggu ini cuba merungkai misteri pemasangan emblem ini.

Sultan Selangor tegas

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan rakyat negeri itu agar mematuhi Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna) (Pindaan) 2016 yang diluluskan kerajaan negeri pada 1 April lalu.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais dalam satu kenyataan berkata, titah itu dikeluarkan baginda setelah mempengerusikan sidang Mesyuarat Dewan Diraja Selangor ke-143 pada 30 Mei lalu.

“Baginda telah menitahkan agar rakyat di negeri ini menghindari segala larangan yang termaktub dalam enakmen bagi mengelak tindakan denda yang lebih berat atau penjara atau kedua-duanya sekali yang sekarang telah dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa.

“Baginda juga mahukan rakyat mematuhi setiap undang-undang di negara ini untuk mengelak permasalahan agar masyarakat kita yang berbilang kaum dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni,” kata Hanafisah.

Dewan Undangan Negeri Selangor pada 1 April lalu meluluskan pindaan Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegaah Daripada Salah Guna) 1962 bagi menangani perbuatan dan pemakaian darjah kebesaran tanpa pengiktirafan Sultan Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan pindaan itu berkata ia dibuat berikutan enakmen sebelum ini hanya mengenakan denda RM1,000 yang disifatkan sangat rendah terhadap individu dan pihak yang menyalahgunakan bintang dan darjah kebesaran Sultan Selangor.

Beliau berkata, hukuman yang patut dikenakan di bawah enakmen pindaan itu ialah denda antara RM100,000 hingga RM200,000 atau hukuman penjara tiga tahun sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah. - SH

2 comments:

  1. Banyak lg kes yg berat..apa ada emblem.. msalah air lg berat dpd emblem..rakyat fakir dan miskin perlu bantuan...yg sakit perlu bantuan dan perhatian..kenapa hal yg begini tidak diwar-warkan dan diambil tindakan yg serius..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lg..jln2 kat selangor teruk,kawasan PJ byk jln berlubang..poster iklan tampal sana sini,PBT goyang kaki,minum kat kantin dan tido.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com