innity

pages

Saturday, December 3, 2016

MCA gagal kerana takut DAP - Pemuda UMNO


KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak seharusnya mengatakan kegagalan MCA dalam memperolehi undi kaum Cina dalam pilihanraya adalah masalah Barisan Nasional (BN).

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, realitinya MCA tidak berani untuk menyaingi DAP dalam segala segi sehingga isu pilihanraya.

"Kenyataan yang saya buat pada tempoh hari sewaktu Persidangan Pemuda di PWTC telah mendapat perhatian dan reaksi dari Presiden MCA.

"Saya rasa tidak wajar bagi Tiong Lai untuk 'terlebih melatah' dan menuding jari kepada kepimpinan BN jikalau pemimpin-pemimpin MCA sendiri takut berhadapan dengan pemimpin DAP.

"Ramai orang hairan mengapa pemimpin-pemimpin MCA tidak berani mengkritik pemimpin-pemimpin DAP. MCA sepatutnya melihat bagaimana UMNO berhadapan dengan isu fundamental Islam yang amat sensitif, UMNO tetap dengan pendirian sederhana dan berani mengambil risiko demi kerukunan BN dan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tegasnya, Tiong Lai seharusnya tampil mengajak pengundi Cina merenung sejenak semangat di sebalik ucapannya sebelum ini.

"Bukankah banyak bukti bagaimana melalui BN kepentingan masyarakat Cina terbela contohnya sekolah Cina yang walaupun banyak desakan dibuat tetapi MCA mampu mempertahankan kerana inilah semangat BN sebenar.    
  
"Jadi janganlah hanya inginkan yang manis-manis sahaja tetapi soal risiko dan berhadapan dengan DAP diambil jalan selamat.

Saya yakin ramai ahli-ahli MCA mahu melihat pemimpin mereka berani dan lantang lawan musuh politik seperti yang dibuktikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," jelasnya.
Kata Khairul Azwan lagi, Tiong Lai seharusnya keluar dari kepompong pemikiran selesa yang berselindung di sebalik rahmat perkongsian kuasa.

"Keluarlah dari terus terperangkap dengan naratif DAP dan terkongkong dalam pembulian minda cauvanis parti itu," ujarnya.

1 comment:

  1. Umno tu takut
    Sah terburai umno
    Musnah umno
    Hancur umno
    Lenyap umbo.

    KERIS

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com