innity

pages

Wednesday, December 14, 2016

[MASIH ADA HARAPAN] BERSATU terus runding dengan PAS - Tan Sri Muhyiddin


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih menuruskan rundingan bersama Pas sehingga satu tempoh peringkat masa bagi memastikan parti Islam itu dapat bersama-sama pakatan pembangkang bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah memulakan perbincangan dengan Pas sebelum mesyuarat berhubung kerjasama dengan Pakatan Harapan berlangsung dan usaha bagi rundingan tersebut akan diteruskan selepas ini.

Saya telah maklumkan kepada semua pimpinan Pakatan Harapan berhubung rundingan dengan Pas yang telah dimulakan sebelum mesyuarat berhubung kerjasama ini berlangsung.

“Dan menerusi perbincangan itu, kita (Bersatu) masih boleh meneruskan pertemuan dan perbincangan dengan Pas sehingga satu peringkat masa,” katanya ketika sidang media yang berlangsung di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan bahawa parti itu masih berada dalam peringkat perbincangan berhubung kerjasama dengan Bersatu selepas ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa positif bahawa rundingan Bersatu dan Pas akan memberi implikasi baik buat pembangkang.

“Walaupun di luar perbincangan, beliau (Tuan Ibrahim) seolah telah menolak kerjasama tersebut, namun kita percaya keputusan yang terhasil di meja rundingan akan memberikan keputusan positif

"Lagipun masih belum ada kenyataan rasmi daripada Pas untuk menolak rundingan ini,”katanya.

Menyentuh mengenai pembahagian kerusi, Muhyiddin memaklumkan bahawa sebagai pendatang baru, Bersatu mengharapkan parti dalam Pakatan Harapan dapat menyumbangkan kerusi bagi memberi ruang untuk mereka bertanding.

Tambahnya, perbincangan-perbincangan berhubung perkara itu akan diteruskan selepas ini dan semua pihak perlu maufakat dalam dalam apa jua keadaan.

“Sebagaimana yang disebut dalam perjanjian itu, kita akan adakan rundingan lagi selepas ini dan jawatankuasa teknikal juga akan dibentuk.

“Perkara asas yang kita persetujui adalah keboleh menangan dan jika itu dapat dijadikan asas, kami mengharapkan akan sampai di satu tahap di mana semua pihak akan berpuas hati,” katanya. - SH

1 comment:

  1. Kenapa AMANAH DAP PKR mudah bersetuju dan bersepakat?
    Kenapa PAS sukar?
    Semua parti pernah khianati kepercayaan PAS. Umno pun khianat PAS sbb itu PAS mustahil akn bersatu dgn UMNO dlm pru 14. Hanya yg naif dan buat2 bangang dan tak fhm isi kandungan perjuangan PAS akan tertipu dgn tipu daya agen DAP dan liberal yg mau PAS ketiadaan penyokong utk teruskan agenda tegakkan tegakkan syariat Allah. PAS Juga berhati hati dgn BERSATU sbb semua pimpinannya bekas UMNO juga sama mcm pkr

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com