innity

pages

Monday, December 19, 2016

KOS BINA ECRL: Jamil Khir kata Pertambahan Kos RM9bilion kerana pengambilan Tanah, Rahman kata Pertambahan Jarak


Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam, Jamil Khir Baharom berkata, tidak timbul soal kerajaan tidak telus dalam perbelanjaan projek Landasan Keretapi Pantai Timur atau ECRL apabila terdapat perbezaan jumlah kos sebanyak RM9 bilion berkaitan dengannya.

Ini kerana, katanya, jumlah kos RM44 bilion (sebenarnya RM46 bilion) yang dinyatakan oleh syarikat China itu tidak termasuk kos tanah yang diambil bagi pembinaan projek tersebut.
"Memang RM55 bilion yang ditandatangani, China pula beritahu RM44 bilion (sebenarnya RM46 bilion) untuk menyediakan ECRL.

"Dalam hal ini ramai yang persoalkan ke mana perginya RM9 bilion lagi. RM44 bilion (sebenarnya RM46 bilion) sebab nak siapkan keretapi dengan jalan, soal pengambilan tanah yang hendak dibuat, China tak bayar.

"Sebab itu jumlahnya berbeza," kata Jamil Khir lagi ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kelab Alumni UMNO Luar Negara kali ke 15 di Kuala Lumpur.

Dalam beberapa kenyataan oleh Najib mengenai ECRL sebelum ini, beliau juga menyebut kosnya ialah RM55 bilion.
Pertikaian mengenai kos sebenar projek itu hanya muncul apabila laman web CCCC, syarikat China yang dianugerahkan projek itu menyebut jumlah kos yang ditandatangani oleh mereka dengan kerajaan Malaysia ialah RM46 bilion.

Menjelaskan kekeliruan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi atau EPU, Abdul Rahman Dahlan pada 9 November lalu mengatakan peningkatan kos sebanyak RM9 bilion itu kerana pertambahan jarak sejauh 88 kilometer daripada perancangan asal.

Menurut beliau, kerajaan pada mulanya hanya merancang laluan dari Tumpat ke Gombak sejauh 600 kilometer dengan kos lebih kurang RM46 bilion.

Kemudian, tambahnya, kerajaan memutuskan untuk meneruskan laluan sehingga ke Pelabuan Kelang supaya barangan boleh dihantar terus ke Pantai Timur.

"Pertambahan kos RM9 bilion itu adalah adalah kerana pembinaan landasan tambahan sejauh 88 kilometer lagi yang termasuk juga jambatan dan terowong sepanjang 50 kilometer," jelas Abdul Rahman yang pernah menggelar dirinya sebagai Menteri Ekonomi.
Namun hari ini, Jamil Khir selaku Menteri Agama nampaknya berbeza hujah mengenai kos RM9 bilion bagi pembinaan ECRL itu.

Beliau mengatakan ia disebabkan kos pengambilan tanah, manakala Abdul Rahman Dahlan pula mengatakan ia disebabkan pertambahan jarak dan pembinaan landasan baru.

Mana satu yang betul dan boleh dipakai? 

Apa yang dikata oleh Menteri Agama atau apa yang dijelaskan oleh Menteri Ekonomi?

Bagaimana sesama menteri boleh berbeza fakta dalam satu projek yang sama?

Atau kedua-dua cakap menteri ini tak boleh pakai sama sekali? 

(http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 18/12/2016).

5 comments:

  1. Agamawan tulin tidak membuta matanya, memekak telinganya, membisu mulutnya, senantiasa berkebenaran, menuturkatakan fakta dan mengasingkan realiti dari fantasi. Apa yang kita ada sekarang adalah agamawan pada nama dan layak hanya untuk mengimamkan solat2 fardu di masjid2 dan surau2, membaca doa dan sebagainya. Itulah kuasa pangkat, kedudukan dan wang ringgit. SUPERFICIALITY IS THE NAME OF THE GAME.

    Mengapa jamil diKETENGAHKAN untuk memperkatakan sesuatu yang beliau sendiri tidak faham? Fikirlah bersama. Strategi umno sekarang dengan menggunakan orang agama, kononnya rakyat melayu muslim cepat MENGIYAKAN saja tanpa pemikiran kritis. Tapi mereka lupa melayu muslim (kecuali diluar bandar) ramainya yang berilmu dan mempunyai pemikiran tersendiri. Kampong folks can easily be FOOLED but not urban folks.......

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  2. Lets cease from underestimating the village folks.....the onus is on :-

    - the opposition bloc to get down to the rural areas and blast the mass with easy-to-understand facts & figures...

    - if one kept drumming the village folks with low mentality & IQ, then it will get under their skin and they will just simply buy 'all' ideas dUMNO sell them instead of looking at 'attractive' alternatives opposition has to offer...

    - PPBM will need to treble or quadraple or perhaps 100X more effort in drilling into rural folks' head (so to speak) if they are to take on ALL 88 dUMNO seats regardless of PASampah will kacau daun!

    - PASampah will need to be neutralised by PPBM now rather than later...no more being mr nice guy TSMY.

    Now that twice Jamil Khir attempted to pacify the malay-muslims electorates by playing 'Islamic' card ie.

    - GE14 hanya Tuhan yang tahu...

    - now with his silly simple arithmetics in trying to justify the deliberate 'mark-up' (daylight robbery opportunity exactly)...

    These conflictings clumsy attempt from Rahman Dahlan & Jamil Khir resonates loud audible lying just like the beginning of 2.6 Billion Karipap donation crap from the desert kingdom....we can kill these lying mantras before it morphed into further lies as we have all seen!

    They created one lie after another only to see the mother-of-all-lies rest solely on M01 not able to dispute that he is indeed a conniving and chronic liar! Thats how bad and low Malaysia had sunk to be contented with such PM01!

    Everyone of us who love this Tanah Ayer Malaysia must make a robust effort in our own ways to put away these bunch of Ali Bugis Lanun bersama 40 Penyamun di nyahkan for good GE14 since that will be our last hope in saving the country!

    MLN

    PS As what Tun M had expressed to saudari Anis, saya juga akan terlalu sedih mengenangkan adik abang kakak, auntie uncle, sepupu sepapat, sedara mara, sahabat taulan dan kenalan yang akan menanggung beban hutang berpuluh tahun mendatang sedang kita bole saja terus bersyukur diluar negara.....tanpa berbuat apa apa.

    ReplyDelete
  3. 716. "kampong folks" ..are not that stupid anymore.
    Everyone can see the game and the media spins now.
    Sebab desperate la mereka sudah dalam fasa guna taktik gangster intimidation....dan lelongan agama.
    Harap2 ini last stage sebelum semua penyagak2 digugurkan ...

    ReplyDelete
  4. Apa kena mengena jamil dgn keretapi? Nk sgt kerja jd technician keretapi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaekk hehehe...komen paling win drpd komen melalut anom 8.32

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com