innity

pages

Wednesday, December 7, 2016

[KITA DAYUS? MANA AZWAN BRO PEJUANG NAJIB] Myanmar panggil Duta Malaysia, kesal dengan PM


Menteri hal ehwal luar Myanmar U Kyaw Tin memanggil Duta Besar Malaysia Mohd Haniff Abd Rahman semalam bagi melahirkan rasa kesal ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana mengetuai perhimpunan solidariti Rohingya baru-baru ini.
U Kyaw Tin juga kecewa dengan kenyataan keras Najib yang menurutnya memetik dakwaan tidak disahkan dan tidak berasas terhadap kerajaan Myanmar, yang merupakan rakan negara anggota Asean.
"Menteri negeri ini juga menolak mentah-mentah tuduhan 'pembersihan etnik' dan 'pembunuhan beramai-ramai' yang jauh daripada realiti di sini.
"Kata-kata yang tidak bertanggungjawab seperti itu boleh memburukkan polarisasi yang sudah semakin mendalam antara dua masyarakat tersebut dan menghasut keganasan," kata Kementerian Luar Negeri Myanmar dalam satu kenyataan hari ini.
Najib mengetuai perhimpunan di Kuala Lumpur pada 4 Disember untuk membantah penindasan Myanmar terhadap Rohingya, di mana beliau turut disertai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

9 comments:

  1. Tak ngaku pulak bunuh muslim Rohingya. Seluruh dunia jadi saksi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa nk mengaku berak tgh jln walau pun satu dunia dh nampak.

      Delete
  2. Sabar ..kejap lagi adalah komen senator bro. Jamal pun akan sama jugak bagi komen. Mungkin jamal akan hantar geng merah lawan junta. Senator bro lak akan melalak kat dewan negara cakap benda yg dia sendiri pun tak faham. Janji cakap. Kalau tak takut jadi senator satu penggal je.

    ReplyDelete
  3. Teringat pulak kata2 tun M baru2 ni.

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya sebagai Ketua Negara @ PM adakan mesyuarat tergempar Ketua2 Negara ASEAN....kut boleh bincang lah...perhimpunan awam ni kerja2 NGO bukannya Ketua Negara

    ReplyDelete
  5. Moga allah rahmati..HARAPAN

    ReplyDelete
  6. Utk melepaskan durinya,daru segala,dosa dan noda..najib telah menjadikan begara ini dan seluruh rakyatnya,sebagai tebusan..

    ReplyDelete
  7. Inilah malaysia,yg jauh di yemen sanggup hantar menteri untk attend meeting dan kutuk yemen tapi yg dekat depan mata hanya sanggup buat demonstrasi...takut nak bahas dalam parlimen..

    ReplyDelete
  8. JJ skrg makin layu...dh x de apa yg dia nk melolong...azwan bro nyata mendapat imbuhan atas keperihatinannya membela jibby..rakyat malaysia harap rani kulop juga diberi tempat sbg senator kerana ribuan report polis nya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com