innity

pages

Saturday, December 3, 2016

[KESIAN PAS KEDAH] Pemimpin Bawahan PAS Masih TAK PERCAYA Hubungan NAJIB-HAJI HADI

Himpunan ini bakal dijadikan platform untuk mengubah minda penyokong PAS terhadap UMNO
Enggan menerima hakikat keakraban Umno dan Pas mutakhir ini, Pas Kedah menyifatkan kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bahawa hubungan tegang antara Umno dan Pas kian mengendur bersifat ‘muslihat politik’ untuk cuba memerangkap Pas supaya mengikut rentak parti itu.
“Ia sebagai satu percubaan membina persepsi di kalangan rakyat bahawa Pas sudah lunak terhadap Umno dalam semua perkara,” kata Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi.
Menurut beliau, Pas sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan ‘amar makruf nahi mungkar’ dalam apa jua situasi dan dalam berhadapan dengan sesiapa juga.
Pas, katanya tidak pernah berkompromi dengan BN dalam isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tekanan terhadap rakyat dalam pelbagai kenaikan oleh kerajaan, kegawatan ekonomi angkara BN, isu 1MDB, kerugian Felda, penyalahgunaan SOSMA dan pelbagai isu dalam negara mutakhir ini.
“Keterbukaan Pas menerusi pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) tidak menjadikan Pas larut serta terjebak dengan politik berasaskan ideologi nasionalis, sosialis mahupun sekularis.
“Pas teguh meletakkan syariat Islam sebagai landasan halatuju politik negara dalam memperjuangkan kesamarataan hak, pengurusan ekonomi yang adil, pemuliharaan alam sekitar serta hubungan antara kaum,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Menurutnya, jika Umno/BN sebagai parti yang memerintah mengumumkan sudah memalu gendang untuk hadapi pilihan raya umum (PRU) dengan meletakkan sasaran menang 134 kerusi Parlimen, Pas lebih awal meletakkan sasaran untuk menumbangkan BN yang sudah terlalu lama berkuasa sehingga menyusahkan rakyat.
“Di Kedah, Pas bertekad untuk kembali mengambilalih pentadbiran Wisma Darul Aman. Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung kini mungkin menjadi persidangan terakhir mereka sebagai kerajaan di pusat jika PRU14 diadakan dalam masa terdekat.
“Sebenarnya, itulah doa dan harapan sebahagian besar rakyat Malaysia kini,” ujarnya.

1 comment:

  1. Pas di bodoh kan najib
    Hancur umno
    Lenyap umno
    Hancur najib
    Lenyap rosmah

    Keris

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com