innity

pages

Sunday, December 4, 2016

(KES TEMBAK DI PULAU PINANG) Datuk M Ketua Geng 24 - Polis, "PENJENAYAH DAPAT DATUK?"


GEORGETOWN: Ahli perniagaan berpangkat 'Datuk" yang ditembak mati oleh pengawal peribadinya sendiri akibat perselisihan faham, merupakan ketua kumpulan kongsi gelap Geng 24, kata polis.
Ketua Polis Daerah (OCPD) Georgetown, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihak polis sedia maklum tentang kegiatan haram yang dilakukan oleh Datuk Ong Teik Kwong atau dikenali sebagai Datuk M dan kumpulannya.
"Kami mendapat maklumat tentang anggota kumpulan itu terlibat dalam aktiviti pengutipan wang perlindungan, tetapi tiada pihak (mangsa) tampil membuat laporan.
"Kumpulan ini juga terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wang secara haram.
"Geng 24 merupakan satu daripada 14 kumpulan rahsia yang dipantau oleh polis.
"Kami mempunyai senarai ahli kumpulan dan tahu pergerakan mereka," kata beliau ketika dihubungi pada Jumaat.
Selain itu, Teik Kwong turut dilaporkan antara individu yang dikaitkan dengan satu kes pembunuhan pada 2011 yang melibatkan kematian seorang penjual cekera padat yang mati ditetak sekumpulan lelaki berparang.
Dalam kejadian pada 1 Disember lalu, Teik Kwong dan dua individu lain terbunuh manakala lima mangsa lagi cedera apabila pengawal peribadinya melepaskan tembakan rambang di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu.
Apabila Teik Kwong menerima gelaran Datuk, rakannya dan beberapa syarikat lain menyiarkan iklan ucapan tahniah sebanyak 50 muka surat di sebuah akhbar Cina, dan iklan itu disiarkan selama beberapa bulan.
Menurut sumber, Geng 24 menjadi "kuat" selepas bergabung dengan sebuah lagi kumpulan kongsi gelap, Sio Sam Ong yang terlibat dalam kes pembunuhan enam mangsa di Taman Bersatu, Sungai Petani pada September 1992.
"Selepas bergabung, kumpulan itu dikenali sebagai Geng 234, tetapi orang luar masih menggelarnya sebagai Geng 24 dan Sio Sam Ong.
"Polis juga tidak menolak kemungkinan Geng 24 terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah," kata sumber itu.

sumber: http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2016/12/04/geng-24/

13 comments:

  1. Datuk Beli..... kerrrrr...tambah2 sendiri.

    ReplyDelete
  2. Polis tau tp takde org buat report..rupanya jenayah pun polis tak tangkap kalau takde report..polis katun betul la.

    ReplyDelete
  3. Gengster pun boleh dapat Datuk ek..murah betul Datuk sekarang..Dato Seri yg penyamun pun dapat gelaran..Dato Seri yang meliwats pun masih tdak ditarik...

    ReplyDelete
  4. Larilah hai kuda tuaku
    Larilah ayuh lari
    Larilah hai kuda tuaku
    Larilah ayuh lari
    Gerakkan keretaku
    Kawanku telah menunggu
    Ayuh lari … uh

    Haaaa … …. a … a… a…
    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kuda tuaku lari
    Haaaa … …. a … a… a…

    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kudak tuaku lari
    Kuda tuaku lari kencang
    Rasa hatiku girang
    Kawan kawanku riang... uh

    Haaaa … …. a … a… a…
    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kuda tuaku lari
    Haaaa … …. a … a… a…
    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kuda tuaku lari
    Kuda tuaku lari kencang
    Rasa hatiku girang
    Kawan kawanku riang
    Ah … ha …

    https://www.youtube.com/watch?v=vGRnOsFFTKU

    ReplyDelete
  5. Istana negeri mana tu yang mudah bagi Datuk kepada ketua kongsi gelap? apa imbalannya sebagai pertukaran?

    ReplyDelete
  6. Silap haribulan bukan sorang je ygdpt gelaran Datuk maybe ada gak yg lain yg kitatak tahu

    ReplyDelete
  7. DATUK dari Sultan Pahang le, mano lai

    ReplyDelete
  8. Banyak taiko dapat datuk dah la ni. Org je yg buat tak tau. Senarai datuk patut kena lalu saringan sprm atau pdrm. Yg betul2 layak je boleh dapat gelaran. Alhamdulillah banyak negeri dah kedekut bagi gelaran sekarang ni. Macam tulah patutnya.

    ReplyDelete
  9. Bro sultan jgn sentuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sultan tu tuhan ke sampai tak boleh ditegur? Saidina Umar, amirul mukminin orang Islam zaman khulafa rasyidin dahulu pun rakyat bawahannya tegur.

      Cakap banyak kang tuduh menderhaka pula, tapi kalau buat benda tak betul pun tak boleh nak ditegur, payah la, macam la dengan pangkat di dunia ni boleh eksyen di hadapan Allah di mahsyar kelak.

      Delete
  10. Apa jasa samseng cina ni pada negara sampai dianugerahkan gelaran dato' dalam usia mentah?Jasa jadi ketua kongsi gelap ke?Serius nak tahu.Dari manalah dia dapat dato' ni.Yang bagi gelaran harap dapat bagi jawapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pasal ada yg kata baling 10 biji batu kat crowded 5 biji kena kat kepala DATO

      Delete
  11. Pls, jgn dok perleceh kuasa ...melayu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com