innity

pages

Saturday, December 17, 2016

[KENAPA TUDUH YDG AGONG HANYA TUMPU IBADAT] Lupakah kita Ciri2 Sultan Zaman Kegemilangan Islam


Seseorang itu sama ada sememangnya jahat atau jahil apabila menyatakan "kalau sekadar nak jadi ahli ibadat, letak saja jawatan Agong".

Dia mungkin tidak mengerti maksud ahli ibadat sehinggakan melebal YDP Agong hanya sebagai ahli ibadat. Maksud ahli ibadah dalam dunia Melayu hari ini difahami sebagai seorang yang hanya menumpukan ibadat sahaja tanpa mengendahkan urusan lain.

Adakah benar tuduhan itu dikenakan terhadap YDP Agong, Sultan Muhammad V? 



Jika kita melihat gambar-gambar yang tersebar jelas baginda keluar berjumpa rakyat dan turun membantu rakyat tanpa protokol. Baginda tidak hanya berkurung di dalam Istana menghabiskan masa melakukan ibadat sahaja.

Apapun, maksud sebenar Ahli Ibadah ialah orang yang taat menjalankan kewajiban agama kerana setiap apa kebaikan yang dilakukan dikira sebagai ibadat.



Contoh Ciri-Ciri Sultan Zaman Kegemilangan Islam - Peribadi dan kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al-Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut:

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat. 
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan. 
c. Kehendak yang kuat. 
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat. 
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan. 
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta.  

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur’an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara’ dan zuhud. 


Diasuh mencintai ilmu dan ulama’. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. 


Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak. 


Gurunyalah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar. 


Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih daripada lima bahasa. Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. 

Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau. 

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini. 


Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad? 


Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan ini, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif. 


Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya. 


Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinopel. Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. 


Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu! Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu. 


Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu


Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. 


Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.  


Kemudian Baginda bertitah, Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali inisemuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri!Subhaanallah! 


Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.


Itulah ciri-ciri seorang pemimpin Islam.


Kini,dunia telah terbalik, penyamun diangkat sebagai pemimpin, manakala Sultan yang alim cuba mengikuti ajaran Islam sebenar dan sunnah Rasulullah pula yang diperli dan dihina.


Kita kena faham, bukan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V yang mahu keperibadian beliau di viralkan.


Itu berlaku apabila rakyat teruja dan ingin berkongsi satu-satunya YDP Agong yang alim dan warak sebegitu di zaman moden ini. Apatah lagi apabila mereka melihat kemewahan Sultan yang ada hari ini yang menghabiskan jutaan ringgit menghias kepala lori demi kepuasan diri.


Rakyat melihat Sultan lain dan isteri Perdana Menteri hari ini yang dipakaikan kasut oleh pembantu beliau. Maka apabila seorang Sultan berpakaian jubah dan memakai seliparnya sendiri, maka rakyat kagum dengan keperibadian itu. Maka rakyat kongsikan.


Kita sepatutnya melihat kepada dia kita sendiri dan menginsafi diri yang jahil ini. Seorang YDP Agong mampu mengikuti ajaran Islam, kita yang tiada pangkat dan kedudukan ini sudah berapa kali kah solat subuh berjemaah di masjid. Bukannya asyik berbincang tentang protokal yang sepatutnya diikuti oleh YDP Agong berdasarkan Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri.


13 comments:

  1. kita tak tahu apa yang agong buat semasa menjadi sultan kelantan. apakah yang diingini oleh sultan dan dibuat oleh kerajaan kelantan. solat itu hubungan dengan Allah. sosial itu ibadat dengan manusia. sekarang rakyat nak tengok ibadat sosial agong. apakah yang agong boleh buat dengan ibadat sosial. guna mata, guna telinga, guna akal, atau tak ada apa-apa kecuali ibadat dengan Allah sahaja. Masih baru lagi untuk dibincangkan. PM pun belum lagi berjumpa kot untuk taklimat mingguan. Moga Allah terus melimpahi rahmatNya kepda negara dan rakyat Malaysia. Doa kita semua untuk kesejahteraan negara, pemimpin kita dan kita sebagai rakyat, agar Allah terus melindungi negara dari bencana dan kesengsaraan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya sokong. Baginda harus buktikan raja berpelembagaan masih relevan. Buat masa ini sudah terbukti yang kehadiran mereka tidak membawa banyak perbezaan. Wang rakyat harus dijimatkan dari pembaziran.

      Delete
    2. masalahnya kuasa agong dlm mencampuri urusan executive amat terhad

      Delete
    3. YDP Agong bukan boleh sesuka hati bertindak mcm kehendak kita semua, perlembagaan persekutuan ada had dan garisan untuk YDP Agong bertindak

      Delete
  2. Siapa Mohd Faiz ni?
    Jiwa kacau sekalipun tak payahlah mengacau meracu yang bukan-bukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama saja nama islam...berpendidikan tinggi...ada ijazah kedoktoran...tapi jiwanya kacau...ramai yg spesis mcm ni dlm perkhidmatan awam...

      Delete
  3. Jgn layan sgt lah budak hingusan yg baru nk belajar bg pendapat. Dia masih kurang mkn garam.walaupun aku bukan rkyat kelantan tp aku bangga sgt dpt ydpa skrg. Inilah ydpa yg di tunggu2 selama ni.

    ReplyDelete
  4. Khas buat saudara faiz.
    DLM KELOMPOK BINATANG TIADA MANUSIA TETAPI DLM KELOMPOK MANUSIA TERLALU BANYAK BINATANG,ANDA ADALAH SALAH SE EKOR.
    INGAT TU SAMPAI BILA2...SELAGI ANDA TIDAK BERTAUBAT.

    ReplyDelete
  5. Mamat idola pluralist murtad ni ingat ibadat semata mata tikar srmbahyang.... pengertian ibadat luas kerja pun satu ibadat... sosial pun satu ibadat... berjlan dng niat baik pun satu ibadat... apa daja yg kita lakukan dng niat lilla taala satu ibadat...

    Jiwa kacau sungguh...

    ReplyDelete
  6. Faiz ni hasil kegagalan pendidikan emak ayah , pemimpin kerajaan, pemimpinpemimpin politik, pendidik, ahli perniagaan yg semuanya mengejar dunia tanpa rohani seimbg. Lupa tgjwb membgnkan roh umat jd beradab.

    ReplyDelete
  7. Jadilah hamba Allah jangan jadi hamba ibadah. Menuntuk kebaikan dunia dan akhirat memerlukan keseimbangan. Kita bersepah dengan mereka yang menggelar diri ulamak islam tapi amat sedikit yang mencapai menjadi pemikir islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni pon tak faham agama ni, bercakap ikut sedap mulut, tiada keseimbangan dlm dunia dan akhirat. Apa tujuan kita dijadikan?? Aku tidak jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada ku....itu tujuan Allah jadikan kita....maka keutamaa kita adalah akhirat, syurga...cuma kita guna kan dunia untuk cari bekalan utnuk akhirat...tiada istilah dunia dan akhirat mesti seimbang...

      Delete
    2. ko ckp jd hamba Allah jgn jadi hamba ibadat pon dah mengelirukan dan tak faham agama... cetek

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com