innity

pages

Thursday, December 8, 2016

‘Kehadiran pemimpin BERSALUT SKANDAL, RASUAH, SALAH URUS TADBIR lebih memalukan majlis’ - Tan Sri Rafidah


Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz bagaikan tidak percaya apabila jemputan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menghadiri istiadat lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, 13 Disember ini, dibatalkan.
Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, beliau seolah-olah tidak percaya apabila membaca berita itu, tetapi malangnya pembatalan jemputan kepada Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, adalah benar kerana tidak ada kerusi disediakan untuk mereka.
“Bukankah mereka telah dianugerahkan Darjah Tertinggi Negara oleh DYMM YDP Agong? Dan atas alasan itu sahaja berhak dijemput. Tiada sesiapa yang boleh menyoal dan menidakkan pendirian politik mereka.. atau sesiapa jua!
“Mengapa jadi begini? Adakah kehadiran mereka dianggapkan oleh pihak-pihak tertentu akan mencemarkan majlis? Walhal kehadiran sesiapa yang berpalit dan bersalut skandal, rasuah, salah urus tadbir, dan sebagainya adalah sebenarnya membawa kesipuan/embarassment kepada apa jua majlis. Tidakkah begitu?
“Tidakkah ini menunjukkan kecetekan kematangan dan kehilangan kesopanan dan tiada tamadun? Dan tidak tahu menghargai jasa seorang yang telah, semasa beliau menerajui kerajaan.. telah mengharumkan nama Malaysia dan rakyatnya,” katanya dalam laman Facebook beliau, hari ini.
Rafidah mempersoalkan mengapa wujud unsur-unsur dendam peribadi dalam urusan rasmi seperti itu, sedangkan pada masa lalu, ketua pembangkang juga diberi tempat dalam acara rasmi kerajaan.
“Janganlah jatuh ke kancah dendam dan benci membenci. janganlah segala-galanya dipolitikkan. Pemimpin harus lebih matang …dan berdiri mengatasi perkara-perkara yang menunjukkan fikiran cetek.
“Yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah… dan manusia sebenarnya tiada upaya untuk menentang kuasa Allah.
“Meluat dan jelak saya melihat apa yang sedang berlaku. Cukup memalukan dilihat oleh dunia. Sebuah negara yang dihormati dunia telah tersungkur oleh salah tadbir urus dan diejek serta dipandang rendah oleh dunia,” katanya. - ismaweb

13 comments:

  1. Kan Myanmar dah kalong kasut tu? Tok Sami mereka dah tilik awal...kesian bangsa melayu yg mengamalkan makan taek low

    ReplyDelete
  2. Tahap politiking yg sangat rendah. Jika Tun M sudah 'tidak benar' maka DSN itu dibenarkan untuk tidak bersalah.

    Sebuah institusi besar sudah melayu.... morosot seperti sudah tidak gagah lagi.
    Meronta diikat namun diam untuk bersuara.

    ReplyDelete
  3. Rasanya Raja2 Melayu sengaja buat gitu supaya org lebih benci kat Najib..heheh

    ReplyDelete
  4. Sebenar nya saya rasa payung yang dah koyak rabak dah tak relevan lagi. Ini bukan secara kebetulan melainkan satu petunjuk untuk kita memikirksn.

    ReplyDelete
    Replies


    1. Setuju dengan 10.33.

      Jangan sampai rakyat merasa tiada guna dan tiada faedahnya payung ini yang sangat mahal untuk disimpan dan dijaga.

      Delete
    2. ada atau tidak....sama je.

      Delete
  5. Tuan Admin,
    Saya amat respect dgn pemimpin2 lama. Mereka lebih bermaruah, lebih bijak, lebih relevan, lebih berani, lebih berwibawa dan lebih meyakinkan dari pemimpin2 masakini.

    Pemimpin2 lama ini lebih kita kagumi dan hormati. Mereka merupakan pejuang-pejuang negara yg tulen dan sejati. Mereka dahulunya menjadi sandaran kepada rakyat termasuklah ibu bapa dan diri kita.

    Malangnya kini pejuang-pejuang seperti pemimpin2 lama ini sudah pun pupus di tanah bumi bertuah ini.

    Sekarang, bersedialah kita kerana sudah diberi amaran oleh Allah SWT apa saja yg haram dan batil akan menjurus kepada kehancuran dan kemusnahan.
    ITU JANJI ALLAH TAALA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. May I chip in....on what you stated, does that include Dolah Tidoremifasohlahtidooo?!??

      I don't see much that or anything significant that 'dreamer' has impacted during his tenure as PM.

      And, another thing, I can almost guarantee his invitation stays..., so what does that mean to the Agong's institution...errr double standard treatment to a LIVING ex PM Tun Mahathir Mohammad?

      That said, Raja Raja Melayu seem to be more and more out of place if si Lanun Bugis can call the shot even on invitation list, is it not?

      Yet, dUMNO blogbangang are trying to play down this blunder by taking comparison to Syed Mokhtar, Annuar Musa etc that has their invitation canceled too. Do you put Annuar Musa on par with a tested, proven PM of 22 glorious years for Tanah Ayer Ku?

      Bugis pirate is dragging everything and everybody down including 'trivial' Agong's swearing-in only because he is so smeared horrendous stinking shit of 1MDB & 42 Million clearcut theft from SRC INTL, yet giving a darn stupid lame excuse of "...tidak tahu siapa yang masuk kan duit..."

      The sad part is we have learned people in government, so called pious ulamak, people holding positions of trust and power, yet these bunch simply willing to kowtow only in the name of 'hak melayu' without any sense of guilt?!

      Islam is being relegated to second place in the name of protecting known kleptocratic government!

      MLN

      Delete
  6. Sudah pasti ada campurtangan ghaib dalam hal ni. Biarlah kita tengok saja sejauh mana seluang melaut, setinggi mana tupai melompat.

    ReplyDelete
  7. Dari Blog Che Det, Tun Mahathir memberitahu bahawa pada 10 haribulan 11, 2016, Tun menerima undangan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk majlis pertabalan DYMM Agung dan Tun beri jawapan bahawa Tun akan hadir.

    Tapi tiba-tiba pada 6hb Disember, 2016 Tun terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyatakan undangan tersebut dibatalkan.

    Kenapa ada main sorong tarik agaknya? Ada campur tangan lain ke?

    ReplyDelete
  8. Payung kalau dah rosak,berteduh dibawahnya akan basah. Sedarlah payung hujan kian lebat, orang berteduh kian meluat. Payung cubalah fikir buat, untuk rakyat demi daulat. Ampun tuanku kami marhaen rayu. Ampun tuanku beribu ampun, hamba rakyat menjungjung kasih.

    ReplyDelete
  9. Najib budak spoiled kemudian UMNO angkat jd pemimpin. Kemudiannya angkat lg jadi menteri. Songlap sana sini, skandal sana sini tapi tetap kekal jd menteri. Angkat lg jadi TPM Malaysia. Bila dah jadi PM korang taulah apa kejadah punya lelaki yg akan dia jelma.

    ReplyDelete
  10. Mcmana rakyat nak hormat raja2 ni kalau mcm tunggul kayu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com