innity

pages

Monday, December 5, 2016

Kalau UMNO KALAH, tiada apa2 yang berubah, KECUALI NAJIB yang GELABAH



Momokan Najib Razak tentang DAP akan menguasai kerajaan semakin disedari bahawa ia semata-mata untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu agar terus mengekalkan kuasa UMNO yang selanjutnya memastikan beliau kekal lagi sebagai Perdana Menteri.

Hakikatnya, Najib sedar penolakan rakyat semakin membuak-buak dan mereka hanya menunggu masa saja untuk merealisasikannya di peti-peti undi.

Untuk itu, beliau terpaksa bermain dengan sentimen perkauman yang melampau dengan harapan pengundi Melayu akan takut tentang ancaman kepada masa depan mereka.

Bagi yang celik hati dan akalnya, mereka dengan mudah menolak momokan Najib itu kerana DAP hanya bertanding 51 kerusi Parlimen saja dan lawan mereka dalam pilihanraya pula adalah MCA, MIC atau Gerakan yang juga merupakan parti bukan Melayu.


Selain di mana logiknya 51 kerusi mampu menguasai 222 kerusi, tentulah lebih tidak masuk akal jika orang Melayu harus berasa bimbang tentang siapa kalah atau menang di kerusi-kerusi tersebut.

DAP tidak bertanding di kawasan Melayu seperti Pekan, Bagan Datoh, Pagoh dan sebagainya. Di kerusi-kerusi Melayu di mana UMNO bertanding, lawannya tetap Melayu juga sama ada daripada PPBM, PKR, Amanah atau Pas.

Jadi, tiada jalan untuk DAP mengambil hak orang-orang Melayu. Di mana calon Melayu UMNO yang kalah, pemenangnya tetap Melayu juga.

Maka, sesuai dengan kedudukan Melayu sebagai bangsa majoriti, bukan saja Melayu akan terus menguasai kerajaan jika UMNO dan BN dapat dikalahkan, malah calon Perdana Menteri juga tetap Melayu.

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin telah mendapatkan perakuan hasil pertemuannya dengan DAP bahawa parti itu bersetuju calon Perdana Menteri Pakatan Harapan kiranya memenangi pilihnaraya adalah Melayu dan bukan daripada DAP.

Justeru, tambah Muhyiddin, tiada sebab untuk orang Melayu berasa bimbang atau terancam jika UMNO kalah dalam pilihanraya akan datang.

Lim Guan Eng turut mengesahkan bahawa DAP tidak pernah meminta seorang Cina untuk menjadi Perdana Menteri dan tidak juga berhasrat untuk menguasai kerajaan.

Kami tidak akan menguasai kerajaan jika BN dapat dikalahkan, tetapi akan menjadi rakan kongsi yang adil dan bertanggungjawab, jelas Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pendirian DAP itu tentunya atas kesedaran sebenar tentang negara ini dan komposisi kaum yang meletakkan Melayu sebagai majoriti.

Yang tersingkir jika UMNO kalah hanyalah Najib dan barisan kabinetnya saja. Yang lain-lain semuanya akan kekal seperti biasa.

Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang-orang Melayu akan kekal sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan.


Kedudukan Raja-Raja Melayu juga kekal di takhta yang sama dengan penggiliran Yang Dipertuan Agong setiap lima tahun tidak berubah seperti sedia ada.

Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan seluruh masjid di negeri-negeri akan turut kekal dengan laungan azan sebagaimana biasa.

Jawatan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri dan lain-lain jawatan utama, semuanya akan kekal sama.

Malah, jika mahu dihitung satu persatu, semua yang ada sekarang bukan saja akan terus ada, ia mungkin juga ditambah baik lagi oleh kerajaan baru nanti.

Sekali lagi, yang ingin ditukar dan dibuang setelah UMNO dikalahkan hanyalah Najib sebagai Perdana Menteri yang sebab-sebabnya sudah pun difahami oleh kita semua serta barisan kabinet yang majoritinya jelas tidak berguna, jauh sekali untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

Yang mahu diganti ialah Perdana Menteri yang tidak baik kepada Perdana Menteri Melayu lain yang lebih baik. Tidak mungkin penggantinya nanti begitu mudah mahu melakukan sesuatu yang tidak baik dan melampau kerana sedar kuasa rakyat lebih mudah menurunkannya selepas itu.

Maka, orang Melayu jangan takut apa-apa dengan kalahnya UMNO dalam pilihanraya, bahkan seharusnya menjadi lebih gembira.

Biarkan saja Najib dengan gelabahnya, lagi pun dalam akaun banknya sudah ada wang ribu-ribu juta banyaknya. 

(http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 05/12/2016).

3 comments:

  1. Jika DAP menang semua kerusinya, katakan 50 + MP PKR bukan Islam + MP bukan Islam Sabah Sarawak..........dari segi undang2 Malaysia, MP DAP layak jadi PM walaupun bukan melayu @ Islam.
    Takkan DAP nak buat begitu kot.......DAP pun tahu realiti masyarakat Malaysia, Islam sebagai agama persekutuan.........
    TAPI jika DAP tahu realiti masyarakat Malaysia dan Islam sebagai agama persekutuan kenapa DAP menentang RUU 355 yang tak berkaitan langsung dengan masyarakat bukan Islam? Kenapa DAP menolak Hukum Hudud PAS walaupun PAS adalah ahli Pakatan Rakyat yang penting? Kenapa DAP menolak Hukum Hudud PAS yang hanya akan dilaksanakan kepada orang-orang Islam sahaja?
    Tidakkah ini buktinya DAP ANTI ISLAM?
    Jadi boleh percayakah dengan janji2 DAP sebelum pilihanraya.............!

    ReplyDelete
    Replies
    1. MCA,gerakan sama pun bantah gak. Sama je. Sekrg ni kita nengok penguasaan ekonomi, pelajaran, termasuk ngan ngo2 depa yg berkebajikan smakin hebat, semuanya berlaku time pemerintahan kerajaan skrg. Bukannya time DAP. Mungkin perkara sbegini kita xbleh nak nafikan. Sekolah jkc semakin kukuh, univ. dan kolej2 dari cina makin banyak, lepas ni bank pun ada, semua tu berlaku masa kerajaan BN perintah. Tapi yg kita nak tengok bangsa lain tidak ketinggalan jauh mcm sekarg. Sudah sampai masa kita transform kerajaan.

      Delete
  2. Bijan..gelabah..di selak semua salah laku..kalah pru akandatang...buat gimik..raih undi..kesian..takutkan orang melayu.

    Hancur bijan onmu...berkecaila..lenyap dari sejarah malaysia...
    Keris

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com