innity

pages

Friday, December 30, 2016

'Kalau betul BR1M bukan rasuah...' tapi agih BR1M macam duit UMNO, BN


Sekiranya benar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan rasuah, maka rakyat berhak menolak undi Umno dan BN pada PRU nanti, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, BN tidak perlu menghasut rakyat untuk menolak pembangkang sekiranya BR1M bukan diberi bagi tujuan rasuah.

“Pakat nafi BR1M bukan rasuah. Pada hal waktu nak bagi BR1M mula-mula dulu  semua penerima kena tadah telinga dengar ceramah kempen pemimpin Umno merayu minta undi BN.

“Jika BR1M bukan rasuah dan BN pun tidak menagih untuk mengharapkan undi dari penerima BR1M, amatlah sesuai untuk penerima BR1M tidak undi BN dalam PRU14 nanti,” ujar Mahfuz sinis menerusi satu kenyataan.

Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa pemberian bantuan BR1M merupakan rasuah dan ia salah di sisi undang-undang.


Tambahnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga kelihatan yakin bantuan yang diberikan itu dapat meraih undi rakyat untuk terus menyokong BN.

'Saya faham apa Mahathir cuba sampaikan' - Timb. Presiden Parti Amanah

"Saya faham apa yang Tun Mahathir Mohamad cuba sampaikan," demikian kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub berikutan dakwaan Mahathir mengatakan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah rasuah.

Menurutnya, sebagai seorang tokoh politik, beliau risau dengan rakyat negara ini mudah terpengaruh dengam sogokan wang yang diterima dari kerajaan.

"Tun hanya cakap pendapatnya sahaja, dia risau sebab sudah jadi budaya pada masyarakat untuk mengundi orang yang bagi duit,"katanya ketika ditemui di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, hari ini.

Sebelum ini, Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa pemberian bantuan BR1M merupakan rasuah dan ia salah di sisi undang-undang.

Tambahnya lagi, jika wang BR1M itu memang khas diberikan pada rakyat untuk membantu mereka maka ia memang satu bantuan.

"Kita kena lihat secara objektif, jika wang tersebut memang amal jariah yang ingin diberi pada rakyat, maka ia bukan rasuah.

"Namun, jika niat wang itu diberi supaya rakyat mengundi BN maka benarlah apa yang dikatakan oleh Tun," katanya. - SH



1 comment:

  1. Insyallah..janal gila sewel..
    Insyallah pribumi warisan harapan..menang pru 14

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com