innity

pages

Friday, December 9, 2016

[JIKA MAHU SOKONGAN PRU14] PPBM patut pilih PAS bukan PAN, DAP: Presiden Isma


9 Rabiulawal 1438H, Jumaat – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sepatutnya memilih PAS sebagai sekutu politik, bukan bersama Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.
Beliau berkata, Bersatu mungkin gagal memperoleh sokongan daripada pengundi Melayu sekiranya terus bersama parti rasis dan cauvinis itu pada pilihan raya akan datang.
“Fokus Bersatu adalah mendapatkan sokongan dan undi daripada orang Melayu. Jika parti itu bersama DAP, ia akan menyebabkan matlamat mereka tidak tercapai.
“Bersatu sepatutnya memilih PAS sebagai sekutu mereka bukan PAN dan DAP,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb, hari ini, sebagai mengulas pendirian PAS hari ini, untuk tidak menjalinkan sebarang kerjasama dengan Bersatu sekiranya parti berkenaan menyertai pakatan harapan pada 13 Disember ini.
Mengulas lanjut, Ustaz Abdullah Zaik berkata, PAN bukanlah parti utama yang mempunyai agenda sendiri, sebaliknya ia sekadar memanjangkan cita-cita DAP.
“PAN sekadar parti yang memanjangkan cita-cita DAP dan tidak berakar umbi. Parti itu tiada fokus dalam politik Malaysia,” katanya.
Oleh itu, katanya, Bersatu sewajarnya memikirkan jalan terbaik untuk bersama PAS, kerana pengundi Melayu dan Islam pastinya akan menolak DAP.
“Masa depan Bersatu akan lebih cerah jika bersama PAS,” katanya. - ismaweb

6 comments:

  1. PAS SEPATUTNYA BERSAMA PEMBANGKANG (PPBM, PKR, PAN, DAP) JIKA JUJUR MAHU KALAHKAN BN, KENAPA PERLU MEMILIH, ITU JELAS KESOMBONGAN DIRI MENGATASI MATLAMAT YG LEBIH BESAR

    ReplyDelete
  2. Insyallah...PPBM harapan..menang pru14. Amin.ya allah

    ReplyDelete
  3. Buang masa saja dgn PAS.. langsung tak de value..

    ReplyDelete
  4. Tepat sekali, Bersatu tak perlu menyertai HARAPAN sbb sepakat shj dgn Amanah dan DAP sudah memadai kerana kekuatan melayu lebih diperlukan utk tumbangkan UMNO berbanding sokongan cina. DAP akan memilih BERSATU berbanding UMNO kalau pembangkang menang

    ReplyDelete
  5. Something to share....

    - Iskandar Malaysia in Johor is what....>200,000 hectares or about 2,200 sq/km area.

    - Now look at Singapore at just about 700 sq/km in area.

    You get the fingers do the surfing but its daunting to get the total numbers of MOSQUES within the City of Iskandar in Malaysia, yet the 1 and only beautiful Masjid Iskandar kept coming to the fore! With the rapid growth and expansion and its shear size of the city, one would imagine the information would be at bit & bytes-speed...sadly, despite going into MAIJ, its not to be. Maybe someone could feed me here.

    A total contrast when you start typing the same only this time Singapore, and you are quickly zoomed to MUIS site ie. Masjlis Ugama Islam Singapura. And, knowing where you want to go, you get a long list of about 70 MOSQUES in Singapura, a land the size 3 X SMALLER compared to the Bandar Iskandar Malaysia-Johor!

    You are not getting what I am about, ISMA? Saudara Abdullah? (I refused Ustadz mainly for personal reason ie. since we're seeing Ulamak, Ustadz, Yang Ariff dll were in DEAFENING SILENCE on the THIEVINGS & ABUSES by current leadership). Melayu-muslims di Singapura numbers about 1/2 million under kerajaan 'KAFIR'.....tapi steady jer Islam dan melayu goes about with, Masjids, Sekolah Agama, Zakat, Puasa dan Korban nya.....

    Before I get to the bottom of this another couple of FIRST-HAND experience.

    My time in Australia (at a southern state-city) I personally saw a 100+ years CHURCH transformed into a MASJID, subhanallah! The community (muslim families) has since grown into some few thousands and it now bears 5 mosques. What's in this we can take, if you asked?

    Australian Government (Federal) = KAFIR
    Victoria State Government (State) = KAFIR
    Local Government (City) = Kafir

    Yet Muslims and Islams can still go about to be practiced, without fear, favour and hindrance. Well yes you do hear discrimination loud-noise hear and there, but that happens even in Malaysia!

    I worked and traveled around the world and lived within the community, fast forward now in North America. Even in small-city-township of about 100,000 people I saw with my own eyes yet another CHURCH (some 80-90 Years) became a MASJID! Orang Islam tak ramai mana, 300-400 jer.....but we're seeing another building right in the downtown of this small city transformed into a Mussollah!

    Now, coming back to Malaysia and saudara Abdullah, saya pasti Malaysia tidak akan jadikan Islam-Melayu terpinggir hanya dengan PPBM berkerjasama DAP, PAN dan PKR, period!

    PERANG lah, PERANG, bukan dengan DAP tapi KEMUNGKARAN dan KEMUSNAHAN tata-susila seperti,

    PENIPUAN
    PEMBOHONGAN
    PENYELEWENGAN
    PEROMPAKAN
    PENYALAHAN GUNA-KUASA
    PERASUAHAN
    boleh tambah lagi....

    yang sedang bermaharajalela sekarang.....ini yang MESTI di PERANGI!

    Aku sayang Tanah Ayer Ku walau berpuluh tahun dah aku merantau.

    MLN

    PS. And in this small city of North America I personally gets praises from muslims-brothers and sisters whom can only named TUN Dr MAHATHIR MOHAMMAD! Not a one person but many recalled Tun M and Malaysia's achievements!

    Its different whilst at work, you are being ridiculed, by that you know what I meant.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com