innity

pages

Wednesday, December 7, 2016

Jemputan Dr M ke majlis agong dibatal, kerusi tak disedia


Undangan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad ke istiadat menandatangani surat sumpah Yang di-Pertuan Agong dan timbalan baginda pada 13 Disember ini dibatalkan.

Penyimpan Mohor Besar Raja dikatakan memaklumkan perkara itu kepada Mahathir melalui surat bertarikh 5 Disember (kelmarin).

Ia juga dikatakan bagi “mengelak kesipuan (embarrassment)” kerana tiada kerusi untuk Mahathir disediakan dalam istiadat itu.

Ia dialamatkan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana yang diasaskan Mahathir di Putrajaya.

Seorang pegawai Mahathir ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan menerima surat itu.
Kandungan surat itu dikatakan mendoakan Mahathir berada dalam keadaan baik dan sihat serta turut memohon maaf kepada beliau.

Sementara itu, surat sama turut beredar di media sosial dan kumpulan-kumpulan WhatsApp.

Antara yang turut memuat naik surat itu termasuk wartawan veteran Jahabar Sadiq dan anak perempuan Mahahir, Marina.

“Siapa sebenarnya akan tersipu-sipu nanti?” tulis Marina bersama gambar surat itu. - MK

11 comments:

  1. Sendiri punya badan tak reti nak hormat orang dan rakyat ..... tergilo2 nak orang respect dio. Tak suudah2 mahu orang sanjung dio. Kalau orang dah tak jomput dok diam udahler.... sompek lah buek solat hajat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eheheh burok siku... Siapa yg jemput dulu? Dan siapa pulak yg membatalkan... Dasar mkn duit haram... Fahamkan dulu baru beri komen

      Delete


    2. Ada ke Tun M mintak dijemput?
      Ada ke Tu M mintak disanjung?
      Ada ke perlu Tun M menunjuk-menunjuk amal ibadah dia?

      Hai ibni Masrop, memang ekau jonih kulop londir.

      Delete
  2. Perlu ke Tun nak kene pergi?? PM ada kan....

    ReplyDelete
  3. Saya benar2 tidak faham dengan apa yang bdrlaku sekarang ni,apakah pihak istana telah mencampuri keadaan politik dalam negara buat masa ini? apakah fungsi raja2 Melayu itu untuk rakyat dan negara sebenarnya??...boleh siapa2 tolong jelaskan??....bukankah tiada rakyat tiadalah raja?...dan raja adil raja disembah!!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADP hanya untuk BN sahaja bukan untuk rakyat Malaysia

      Delete
  4. Bior le puak dio wat lagu mano...Allah rahmati HARAPAN..amin..

    ReplyDelete
  5. Satu tindakan bodoh dan tidak beretika dari seorang memanda perdana menteri yg hilang akal.

    ReplyDelete
  6. YDP Adalah untuk rakyat tidak mengira bangsa ugama dan idoloji politik kecuali komunis.
    Umno menggali lubang kubornya sendiri.

    ReplyDelete
  7. Tun adalah salah seorang rakyat biasa yg menerima anugrah Darjah Kerabat.
    Rakyat melihat.

    ReplyDelete
  8. Semakin Najib buli Tun M, semakin kami hormat dan menyayangi Tun M dan semakin kami benci Najib dan ingin sangat melihat dia end up in jail.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com