innity

pages

Wednesday, December 21, 2016

"Jangan Jadi Macam Jamal Ye", Pesan Siti Nurhaliza


Kuala Lumpur, 21 Dis - Aksi Jamal Yunos yang dilihat bertuala ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor pagi ini untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor bukan sahaja menjadi viral malah turut mencuri tumpuan artis popular, Siti Nurhaliza.

Di Instagramnya, Siti memuat naik kembali foto Jamal yang bertuala itu.

"Jangan jadi macam jamal ye.. 👎👎👎 #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman

"Jamal dah 4 hari tak mandi. Mintak jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol", tulis Siti di kapsyen tersebut berseloroh.

Menurut hashtag yang dimuat naik oleh Siti, difahamkan beliau juga mengalami masalah air namun dia sudah bersedia menghadapi masalah itu.

Foto yang dimuat naik oleh Siti itu mendapat 12 ribu likes dan lebih 1,000 komen.


Jamal hari ini telah membawa peralatan untuk kegunaan mandi lain seperti sabun dan berus gigi sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di negeri ini.

Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah.

Lagipun, saya bukannya datang untuk membuat demo baju merah ataupun bawa senjata, jika tidak boleh di pejabat MB, di tingkat bawah pun jadilah,” kata Jamal.

6 comments:

  1. Lakunan musibat ni tak kena.
    Tuhan nk tunjuk kemunafikan pemakan dedak.
    Dulu dlm lokap empat hari tak mandi.
    Sekarang mendapat ar ko.

    ReplyDelete
  2. Bila dah taksub, tak de makan pun tak pe. ye tak macai sekalian?

    ReplyDelete
  3. Dia berjaya. Persepsi air selangor sangat buruk. Jamal seorang pelawan yang bagus.

    ReplyDelete


  4. Sudah sampai masa org2 Selangor belajar mandi dalam parit,sungai DLL seperti moyang2 mereka mandi seabad dulu. 3-4 bukan lagi musim kemarau lagi - el mono. Bau badan pun aku tak tau le, macam ikan pekasam kut.

    ReplyDelete
  5. Kita syukurlah ..Allah swt bagi kita tengok manusia yg paling bodoh dan takde maruah di malaysia. Kita doalah sesama agar jamal ni pulih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com