innity

pages

Friday, December 30, 2016

[MEMALUKAN PDRM, BERLAGAK "POLIS NEGARA"] Jamal serbu pusat judi Ampang pula

Kapsyen:Jamal bersama pengikutnya melakukan 'serbuan' ke atas dua unit premis perjudian di Taman Kosas. - Foto Ihsan BERITA HARIAN ONLINE

AMPANG JAYA - Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos bersama pengikutnya melakukan 'serbuan' ke atas dua unit premis perjudian di Taman Kosas, di sini, sebentar tadi.

Memetik laporan Berita Harian, serbuan itu dibuat jam 3.45 petang ke atas rumah kedai premis perjudian di Jalan Kosas 1, bersama kira-kira 100 pengikutnya daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Difahamkan, serbuan itu telah mengejutkan beberapa pengunjung yang leka bermain mesin judi dalam talian dan penjaga kedai.

Sebelum ini, Jamal melakukan serbuan ke atas beberapa premis perjudian yang dikesan wujud di sekitar Sekinchan.

Jamal berkata, pemeriksaan dengan membawa media itu dilakukannya bagi menunjukkan aktiviti tidak bermoral yang berlaku di Selangor.

"Berdasarkan pemantauan saya, didapati sekurang-kurangnya 400 premis perjudian wujud di sekitar Ampang dan mempunyai lesen diberikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)," katanya. - SH

4 comments:

  1. Pusat maksiat ni dah lama pun wujud tapi sekarang baru ko nak mengelabah apehal?

    ReplyDelete
  2. Walaupun tindakan Jamal Tuala ni salah ,kerana beliau tiada autoriti utk berbuat demikian,Tapi dari segi lain Jamal jauh lebih berani dari polis kita yg kita panggil polis diraja.malu lah PDRM wei!!

    ReplyDelete
  3. Aku rasa ok jugak jamal buat mcm ni at least dpt banteras maksiat sb penjawat awam goyang telur di ofis.

    ReplyDelete
  4. Insyallah..janal gila sewel..
    Insyallah pribumi warisan harapan..menang pru 14

    Insyallah...bn umno najib munah hancur...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com