innity

pages

Thursday, December 22, 2016

[ISU SYIAH] LAIN MACAM Mat Sabu pertahan Haji Hadi lawat Iran

Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menerima sokongan daripada seteru kuatnya Amanah, selepas kehadirannya di sebuah persidangan di Iran dikritik beberapa pihak.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata apa yang dilakukan presiden PAS itu merupakan kebiasaan setiap tahun dan tidak ada kaitan dengan krisis di Syria.
“Lawatan Hadi itu rutin sejak zaman Imam Khomeini dan upacara tahunan,” katanya merujuk pemimpin Revolusi Islam Iran 1979.
Mat Sabu berkata persidangan Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah kali ke-30 di Tehran itu bertujuan mengeratkan perpaduan antara mazhab di mana tarikh Rabiulawal mempunyai pengertian tersendiri.
“Ulama Sunni mengatakan ulang tahun kelahiran (Maulud) Nabi Muhammad pada 12 Rabiulawal, Syiah pula berpendapat pada 17 Rabiulawal. Jadi Imam Khomeini menetapkan perbezaan hari itu sebagai minggu perpaduan setiap tahun,” kata Mat Sabu kepada FMT, sambil menambah Hadi pergi atas kapasitinya menganggotai Lembaga Taqrib Mazhab Antarabangsa.
Sementara itu, Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang berkata ia merupakan hak Hadi untuk hadir ke persidangan yang mengumpulkan ulama, gerakan Islam dan NGO mewakili pelbagai mazhab daripada Sunni dan Syiah.
Ahmad berkata Hadi berani menegaskan pendiriannya.
“Dari segi pemergian dan pendirian dia, saya rasa hak dia,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beberapa pihak yang mengkritik Hadi menuduh Iran bersekongkol dengan regim Bashar Assad dalam konflik di Syria.
Konflik Syria yang masuk tahun ke-5 sudah mengorbankan puluhan ribu orang awam, dan turut membabitkan kumpulan yang menaikkan sentimen permazhaban termasuk militan IS.
Susulan kritikan itu, Hadi menjelaskan secara panjang lebar mengenai konflik di Syria, dan menasihati pengkritiknya tidak terpengaruh dengan dakyah di media mahupun media sosial yang cuba memburukkan Iran yang bermazhab Syiah.
“Isu Sunni dan Syiah ditiupkan supaya membakar. Selepasnya beberapa tokoh ulama rasmi dan tidak rasmi mendukung kenyataan yang membakar itu,” kata Hadi.
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Khairuddin Aman Razali menjelaskan kehadiran Hadi ke Tehran adalah bagi mewakili PAS sebagai presiden parti.
“Sudah pasti dalam penglibatan apa sahaja forum antarabangsa, PAS mempunyai pendirian politik tersendiri terhadap sebarang krisis yang berlaku di Timur Tengah termasuk melibatkan Syria, Yaman, Iraq dan Palestin.
“Pendirian tersebut sama sekali tidak akur atau tunduk kepada sebarang kepentingan mana-mana pihak yang melakukan kezaliman,” katanya. - FMT

6 comments:

  1. Hadi ada ilmu agama tetapi naif politik syiah. Syiah suka bermuka muka walhal merbahaya kerana dicilta oleh yahudi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam Sy Yusuf Qardhawi dek jahil ttg syiah akhir nya kena tipu hidup hidup dgn syiah ,Alhamdullilah Qardhawi dah sedar,cuma Hadi aja yg belum sedar sedar,Mat Abu tak payah cerita,memang ramai yg syak dia syiah.

      Delete
  2. Dah minum air kencing syiah ke org tua ni

    ReplyDelete
  3. Dah minum air kencing syiah ke org tua ni

    ReplyDelete
  4. Dah minum air kencing syiah ke org tua ni

    ReplyDelete
  5. Proksi syiah di malaysia dah bersuara. Pantang kalo dengar apa2 berkaitan iran.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com