innity

pages

Thursday, December 8, 2016

[ISTANA JADI MILIK NAJIB] Dr M ulas pembatalan undangannya ke istiadat agong


Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan menerima surat pembatalan undangan ke istiadat menandatangani sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 13 Disember depan.
Beliau juga mendedahkan telah memberikan komitmen untuk hadir acara itu sebelum surat pembatalannya kelmarin.
“Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik,” katanya.
Semalam, surat daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kepada Mahathir yang membatalkan undangan itu tersebar meluas di Internet.

Ia menjelaskan pembatalan itu bagi “mengelak kesipuan (embarrassment)” kerana tiada kerusi untuk Mahathir disediakan pada acara itu.
Menulis di blognya hari ini, Mahathir mendedahkan beliau menerima undangan untuk hadir pada 10 November lalu.
Mengulas reaksi terhadap pembatalan undangan itu pula, Mahathir berkata:
“Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti,” katanya.
“Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti BN.”
Pegawai Istana Negara yang dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai surat berkenaan.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pula tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana pegawai yang bertugas tiada ketika dihubungi lewat petang semalam. - MK

Tulisan terbaru Tun Mahathir

PEMBATALAN
8 Dec 2016 

http://chedet.cc/?p=2365

Pada 10 haribulan 11, 2016, saya menerima jemputan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menjunjung titah perintah Majlis Raja-Raja untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-244 (Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari Selasa 13hb Disember 2016 bersamaan 13 Rabiulawal 1438H jam 11.00 pagi sempena Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.


Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Pada 6hb Disember, 2016 saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut:

“Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.

Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun.”

Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.

Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional.

Sekian.
Terima Kasih.

11 comments:

  1. Elok Tun pegi duduk di masjid lebih baik dan hitung jumlah dosa yang dah buat.rumah kata pergi kubur dok kata mai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia mmg dok pi masjid hari2..ada ustaz mai mengajaq dia kat umah..hg tau ka?
      berjihad utk membenteras kebatilan wajid sampai ke akhir hayat setiap org islam..

      Tp abg bijan hg tu ada belajaq agama dak? blom tentu oghang yg muda akan mati lmbt oghang tua akan mati dulu..silap haribulan anon 3:19 yg komen ni akan mati dulu..

      Delete
    2. Anon 3.19 ..ayat kau tu ayat org yg kompem masuk neraka. Kau patut hitung jugak dosa kau tu. Melayu tak sedar diri.

      Delete
    3. Mudah mudahan.
      Aamiin ! ! !

      Delete
  2. Tak payahlah nak suruh orang hitung berapa banyak dosa yang telah dia lakukan, dosa sendiri bagaimana dan kubur pula tak mengira usia untuk memanggil.

    ReplyDelete
  3. Takusah dok merepek la si tua hoiiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3:58 pm
      YDP agong telah tamat tempoh perkhidmatan. Bukan sebab tua.
      Mulut kamu ada bau longkang?

      Delete
    2. 3:58 pm.
      Ayah kamu menongkat langit ke?
      Dia tak mati ke?
      Kesian dia mati tak sempat ajar kamu?

      Delete
  4. Raja pun main politik jugak ke??...

    ReplyDelete
  5. Diharap pihak Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dapat memberi penjelasan degan segera sebelum rakyat bertambah keliru dengan peranan sebenar Raja-Rajs Melayu buat masa ini.Jangan sampai rakyat hilang sabar dan mengambil tindakan diluar batasan yang normal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hairan! bodoh sungguh Melayu ni. istana dibuat berbillion..tapi kerusi tak cukup pulak. Raja berkuasa ataupun UMNo Baru? UMNo Lama dah lama meninggal. Sampai Tun yg Pengasas UMNo Baru pun tak dapat nak dijemput. Kesian melayu...kerusi pun tak cukup. Otak sudah dipenuhi Taek Low

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com