innity

pages

Saturday, December 3, 2016

Himpunan Rohingya Esok: Poster PAS TAK SEBUT NAJIB, Poster Najib, Zahid JAJA MUKA Hj HADI


Mengikut jadual, Najib Razak dan Hadi Awang akan berada sepentas dalam suatu himpunan solidariti berkaitan Rohingya di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, esok 4 Disember 2016.

Najib sendiri menyebut mengenai kehadiran beliau bersama Hadi itu semasa ucapan perasmian dan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir petang tadi.

Ternampak bahawa Presiden UMNO itu ingin benar menjadikan perhimpunan esok sebagai detik penting, bukan saja berkaitan Rohingya, tetapi juga untuk mesej sebelum tibanya tarikh pilihanraya.


Namun, dalam berita yang disiarkan dalam Harakahdaily, portal itu hanya menyebut mengenai kehadiran Hadi dalam program itu bersama NGO, tokoh politik dan pemimpin-pemimpin masyarakat sahaja.

Berita yang memetik kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man itu turut menyebut kehadiran Hadi sebagai Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia akan disertai sama oleh para mufti, kadi, imam dan pendakwah sebagai lambang kebersamaan dengan derita Rohingya.

Kenapa nama Najib tidak disebut langsung dalam berita itu?


Apakah Pas masih segan dan malu-malu untuk mengumumkan beradanya Hadi dan Najib di atas pentas yang sama esok, meskipun hanya berkaitan Rohingya?

Adakah hanya UMNO yang ghairah untuk melihat Najib sepentas dengan Hadi, tetapi Pas langsung tidak teruja dengannya?

Jika begitu, berapa ramai agaknya pemimpin  dan ahli Pas yang akan turut serta dalam himpunan itu? 

(http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 03/12/2016).

8 comments:

  1. Hapus..hancur..lenyap umno..bajib...semah.
    KERIS

    ReplyDelete
  2. Macam superimpose je. Teringat lak muka najib dgn altantuya. Itu pun superimpose jugak. Entah2 balaci umno jugak yg buat dulu.

    ReplyDelete
  3. Hadi dgn najib kan dh sedondon.

    ReplyDelete
  4. Dulu tuduh tun hijack bersih 5. Sekarang ni najib lak hijack perhimpunan pas. Bangsat betul najib ni. Lingkuplah umno ni bawah najib. Menipu..mencuri dan tak malu. Itulah presiden kau semua ni. Takde maruah !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meroyan la kau dgn caci nesta kau. Susah bukan dgn sumpah kau dan senang bukan dgn pemberian kau. Teruskan mencaci sampai cacing cari kau dlm tanah nanti. Good luck.

      Delete
    2. Good luck to you too bai. Samalah kita nanti. Kau menyokong najib yg penipu. Rasanya lagi banyak caci kat lahad kau bai

      Delete
  5. Apa punya PM ni? Betcakap lah di Pbb(Zaid dikudakan)...ni berani berucap tersembur air liur Kat tmn titiwangsa je!!!...kpd pemakan duit haram jgn lupa Bawa pelekat I lv pm...Dan terkini the best pm (president)

    ReplyDelete
  6. Eh elok jer pm duk ngan hj hadi..ramai plak yg dtg..bnyak yg kopiah putih..bagus lah mcm ni..pembangkang pkr..dap..amanah bila nak buat..buat bersih ok kut..kotor bukan bersih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com