innity

pages

Sunday, December 11, 2016

Harga minyak dijangka naik tahun depan - Anggota OPEC, Bukan OPEC setuju Kurang Pengeluaran 15%


11 Rabiulawal 1438H, Ahad – Harga minyak dijangka naik bermula 1 Januari tahun depan, selepas Anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara bukan OPEC bersetuju mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 15 peratus.
Keputusan dipersetujui semalam selepas mengadakan perbincangan selama tujuh jam di Vienna, Austria, adalah langkah pertama negara pengeluar minyak itu sejak 2001.
Malaysia juga dilaporkan akan mengurangkan bekalan sebanyak 35,000 tong sehari.
Perjanjian yang ditandatangani itu dibuat selepas setahun perbalahan di kalangan negara OPEC dan bukan anggota OPEC, yang menyaksikan sejak dua tahun lalu harga minyak jatuh.
Minggu lalu, OPEC bersetuju mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari bermula 1 Januari ini, dengan pengeksport utama Arab Saudi akan memotong 486,000 tong sehari.
Dalam pertemuan mereka semalam, pengeluar minyak daripada 13 negara bukan OPEC setuju mengurangkan pengeluaran sebanyak 558,000 tong minyak sehari, kurang daripada yang disasarkan sebanyak 600,000 tong sehari. – Agensi
-ismaweb

1 comment:

  1. Insyallah ppbm dan harapan menang pru14

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com