innity

pages

Wednesday, December 7, 2016

[GOOD LUCK BANGSA JOHO] Tulisan Terbaru Tun M: 1.5Juta Warga Asing, Derma RM2.6B juga Khaled Nordin TAK TAHU kerana Dedak

Terbaru dari blog Tun Mahathir
KERAKYATAN
6 Dec 2016

1. Menteri Besar Johor berkata bahawa tuduhan saya bahawa 700,000 orang asing akan mendapat kerakyatan Malaysia tidak munasabah.

2. Itu MB Johor. Itu bukan Perdana Menteri Najib. Kalau sebelum Najib menjadi PM saya tuduh bahawa ia akan mempunyai 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadinya di Ambank, siapa yang akan percaya. Orang akan kata saya gila.

3. Tetapi hari ini semua dunia tahu yang Najib telah lesapkan duit itu dari 1MDB yang ditubuh dan dikuasai penuh olehnya. Ya. Memang MB Johor tidak tahu. Memang ahli-ahli UMNO yang hadir dalam mesyuarat agong UMNO tidak tahu kerana telinga dan mata mereka telah disumbat dengan dedak dan mereka hanya boleh dengar cakap-cakap Najib dan konco-konconya schaja.
4. Tetapi dakwaan yang Najib lesapkan duit 1MDB kedalam poketnya memang benar, walaupun jika dakwaan ini dibuat sebelum ia menjadi PM, tidak siapa pun akan percaya.
5. Ya. Memberi kerakyatan kepada 700,000 orang asing memang bunyi tidak masuk akal. Tetapi Najib biasa membuat perkara-perkara yang tidak masuk akal, yang luar biasa.
6. Dizaman Najib, orang yang membuat laporan polis berkenaan duit yang dilesapkan oleh Najib, disoal oleh polis, dimasuk dalam tahanan, dan dihadap ke mahkamah bersama dengan peguamnya atas tuduhan sabotaj ekonomi.
7. Tak masuk akal. Bercanggah dengan undang-undang. Tetapi ini sudah berlaku.
8. Laporan berkenaan dengan jenayah Najib oleh Bank Negara, MACC, Auditor-General didakwa oleh Pendakwa Raya tidak punyai bukti Najib melakukan apa-apa kesalahan, tidak dibenar mahkamah membicara kes, didakwa bahawa laporan ini rahsia Kerajaan, dan Pendakwa Raya menghalang sebarang penyelidikan dibuat berkenaan salahguna wang 1MDB.
9. Semua ini, perkara-perkara ganjil, luar biasa, bertentangan dengan undang-undang, tidak pernah berlaku tetapi sudah berlaku dibawah pemerintahan Najib.
10. Dan berpuluh lagi perkara yang tidak masuk akal sudah pun berlaku, dibawah pemerintahan Najib.
11. Sebab itu dakwaan bahawa 700,000 orang asing ini akan diberi kad pengenalan, di daftar dan mengundi dalam PRU 14 tidak begitu ganjil atau “rubbish”. Najib boleh melakukannya.
12. Hari ini pun sudah ada kes pelawat asing memiliki passport negara lain tetapi I.C Malaysia. Dalam negara Cash is King Najib, pegawai boleh disogok atau cara-cara lain dibuat untuk memberi IC Malaysia kepada 700,000 orang asing yang akan bermastautin di Johor.
13. Bloomberg melapor bahawa di sekeliling JB terdapat 60 project yang boleh diduduki oleh 1½ juta orang. Siapakah yang akan mengisi bangunan pencakar langit di kawasan Iskandar ini.
14. Masuk akalkah jika orang Johor, Melayu, Cina dan India seramai 1½ juta berpindah untuk tinggal dalam projek-projek mewah ini. Tak masuk akal.
15. Untuk 1½ juta orang asing tinggal di sekeliling JB masuk akal. Kononnya nak tinggal hanya 3 bulan musim sejuk sahaja. Sudah ada syarat dan perjanjiankah? Bolehkah kita gambarkan 700,000 orang terbang ke Johor untuk tinggal 3 bulan dan lepas itu 700,000 orang ini terbang balik dan tinggal bandaraya Iskandar JB kosong selama 9 bulan. Fikirkan 1½ juta manusia mengosongkan bandar, pangsapuri, kedai, kilang selama 9 bulan. Sunyi senyap Johor Bharu. Masuk akal?
16. Jika 1½ juta orang asing ini pilih untuk tinggal, untuk bekerja untuk berniaga, untuk melahirkan anak sepanjang tahun dapatkah Mohamad Khalid MB halau mereka keluar.
17. Kalau tidak dapat halau keluar mereka, apakah status mereka. Apakata kalau mereka tuntut untuk jadi pemastautin tetap. Apakata kalau mereka tuntut kerakyatan Malaysia.
18. Apakata kalau senyap-senyap mereka diberi IC Malaysia sebelum PRU 14.
19. Mustahil! Tidak. Najib terdesak. Baginya membuat undang-undang untuk memiliki kuasa penuh, tangkap dan kurung orang, menamat jawatan, menyogok wang, mengguna Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menekan orang, bahkan Badan Pencegah Rasuah untuk menakut rakyat sudah diamal olehnya. Setakat memberi IC, mendaftar sebagai pengundi 700,000 orang asing adalah perkara biasa baginya. Mungkin tak sampai 700,000, mungkin lebih bukan masalah bagi Najib.
20. Melesapkan duit Kerajaan (duit rakyat) berbillion Ringgit baginya tiada masalah. Apabila Presiden Amerika, dihadapan Najib, menyindir tentang penipuan yang dilakukan olehnya, senyumannya kekal dibibir. Tak ada berasa malu sedikit pun.
21. Kes membasuh bersih duit yang dicuri dari 1MDB sehingga Malaysia dikenali sebagai di antara 10 negara rasuah terbesar didunia, kes anak tiri dituduh mencuri ratusan million dollar Amerika untuk membuat filem lucah, tidak sedikit pun menimbul rasa malu oleh Najib.
22. Mat Salleh kata orang ini “has thick skin” mempunyai kulit tebal. Tak tahu malu langsung. Memalu negara dan rakyatnya okay. Asalkan boleh jadi PM.
23. Jika sogokan dan penipuan dilakukan dalam pilihan raya, itu pun okay.
24. Sebab itu bukanlah mustahil jika 700,000 orang asing mengundi dalam PRU 14.
25. Kepada Mohamad Khalid, Menteri Besar Johor, saya ucap tahniah. Awak akan dapat 1 ½ juta orang asing di sekeliling awak. Mereka kononnya tidak akan menjadi rakyat. Tetapi mereka akan berada di sekeliling kamu.
26. Hanya dengan adanya 1 ½ juta orang asing di Johor, akan menjadi masalah kepada kamu. Lihat apa jadi kepada Singapura. Hanya kerana komposisi penduduknya tidak seperti di Malaysia, kita terpaksa keluarkan Singapura dari Malaysia. Apabila JB dikelilingi oleh 1 ½ juta orang asing apakah kita akan merdekakan wilayah Iskandar. Na’uzubillah.

24 comments:

  1. kami orang johor semua tahu hartanah di johor bukan milik kami, tapi demi hormat Sultan apa boleh buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. "...apa boleh buat..."

      Tumbangkan UMNO Najib pada PRU 14 demi kelangsungan masa depan yang lebih cerah bagi cucu-cicit kita.

      Delete
  2. Kalau 1.6 billion masuk dlm Ambank.... minta tun maha mega batuapi tahap dewa meddey saman sendiri ke mahkamah.... selama ini maha mega batuapi ni gagal menbatuapi@ adu dombakan WSJ...SR...DoJ...FBI...rakyat Malaysia melalui Bersih5 dan 3 TanSri yg maha batuapi terhadap 1mdb.... suma gagal dan kantoi

    srkarang giliran tun maha mega batuapi@adu domba
    Meddey sendiri yg bawa dan saman ke mahkamah pasal 1mdb..... ada brani....?

    ReplyDelete
  3. Palestine 1916=Johor2016...

    ReplyDelete
  4. Tun M Mamak berhujah secara bodoh.... kalo A = B dlm satu situasi, so A dan B di situasi lain mesti berlaku camtu jugak. Ini MAMAK punya hujah. Berbelit. Macam Mamak Madey dulu suka ckp....Berbelit...Sudahlah MAMAK Desperate. Bersaralah....

    ReplyDelete
  5. UMNO, ahli2 parti ini serta pemimpin2 mereka bersubahat menghancurkan amanah menjaga negara. Mereka ini semua bertanggungjawab kpd semua masalah yg kita hadapi. Mereka ini juga bertanggungjawab kerana melindungi penyamun MO1, Jho Low, Riza Aziz, Tarek, Hussein, Casey Tang, Eric dll. Sy sama sekali tidak redha dan tidak halal perbuatan kamu semua yg bersubahat. Semoga kamu semua mendapat balasan azab dari Allah swt. Aamiin

    ReplyDelete
  6. Takkan Sultan nak membiarkan rakyatnya menderita.

    ReplyDelete
  7. TM dah biasa buat benda tu, itu yg dia fikir org lain boleh buat apa yg dia buat... He he he..

    ReplyDelete
  8. Bukan hormat, TAKUT.
    Bukan boleh salah cakap sikit.
    Susah, kalau orang cuma nak senang sekejap.
    Tak pikir outside the box, apa jadi selepas 50 tahun.
    Tengok, apa jadi kat Raja-raja India dan Indonesia.
    Mna istana dan mereka sekarang....????
    Di India, Istana sudah jadi hotel.
    Ada anak-anak raja tu, duduk dalam kemah je.
    Itu bangsa sendir yang memerintah.
    Kalau di Malaysia ni, di JOHORlah, bayangkan
    bila anak cucu CINA yang duduk di forest city tu,
    tubuh sebuah PARTY.
    Mereka jadi KERAJAAN di Johor.
    Apa nak jadi dengan BANGSA JOHOR......???
    Bangga dengan nama jelah.
    Bangga tengok Johor dah modern.
    Bangunan semua high rise.
    Melayu...????
    MEGAH,duduk berhempet-hempit di rumah
    PR1MA 600 kaki persegi!!!

    ReplyDelete
  9. Larilah hai kuda tuaku
    Larilah ayuh lari
    Larilah hai kuda tuaku
    Larilah ayuh lari
    Gerakkan keretaku
    Kawanku telah menunggu
    Ayuh lari … uh

    Haaaa … …. a … a… a…
    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kuda tuaku lari
    Haaaa … …. a … a… a…

    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kudak tuaku lari
    Kuda tuaku lari kencang
    Rasa hatiku girang
    Kawan kawanku riang... uh

    Haaaa … …. a … a… a…
    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kuda tuaku lari
    Haaaa … …. a … a… a…
    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kuda tuaku lari
    Kuda tuaku lari kencang
    Rasa hatiku girang
    Kawan kawanku riang
    Ah … ha …

    https://www.youtube.com/watch?v=vGRnOsFFTKU

    ReplyDelete
  10. Sesungguhnya allah berikan benncana..kepada yang makan dedak ..buat buta dan pekak...setia kepada yang duit haram..ketua haram..

    ReplyDelete
  11. Undi harapan...allah bersama kita

    ReplyDelete
  12. Kepada pemimpin johor jadilah pemimpin yg bijak dapat melihat masa depan... takut nanti menang sorak negeri tergadai... janganlah diulangi sejarah hilangnya singapura dari bangsa johor... kesian

    ReplyDelete
  13. Dap, mca dan gerakan agak membisu dalam isu penjualan tanah kepada china's developers kerana mereka tahu sooner or later dengan jutaan orang cina yg bakal menjadi warganegara dlm masa 20, 30 tahun lagi, mereka dengan mudah akan dapat memerintah johor... agak2nya org Melayu nak lari kemana eik? Di China org2 Cina sudah lama mengulingkan raja2 mereka... eieee seram!!!

    ReplyDelete
  14. Dlm isu 1Mdb mungkin aku natural tak sokong sapa2 tapi dlm isu pemilikan tanah oleh rakyat china aku menyokong Dr M 1000%, dengarlah pendapatnya sebelum nasi menjadi bubur.... berulangnya sejarah singapura... kesian

    ReplyDelete
  15. Australia, negara org puteh kini menghentikan pemilikan tanah dan rumah oleh rakyat china kerana merekan berfikian jauh... kerana mereka takut nanti oran2 cina ini akan memberikan masalah kepada future generation... itu orang puteh yg brutal pun taknak bermasyarakat dengan org cina... sepatutnya org2 Melayu yg takde jatidiri ni belajar bende2 ni, takut nnt menang sorak negeri tergadai... dap, mca dan gerakan menunggu masa sahaja untuk memerintah johor ni... apakah nasib bangsa johor 30, 50 tahun nanti yek? Eieèeee seram!

    ReplyDelete
  16. Kepada mb johor, gunakan lah otak bila nak buat satu2 keputusan tu... ini keputusan penting untuk masa depan anak2 Melayu...

    ReplyDelete
  17. Hilang kedaulatan bukanlah mengambil atau membawa balik tanah pulau buatan tu balik kenegara china... hilang kedaulatan ni macam hilang hak pemilikan singapura dari johor... itulah makna hilang kedaulatan. Kepada pemimpin gunakanlah otak bila bercakap... jangan gunakan kepala lutut... malu kat budak derjah 5!

    ReplyDelete
  18. Berdasarkan analisa bloomberg ni, saya menjangkakan johor akan jatuh ketangan dap, mca dan gerakan dalam masa 50 tahun lagi dengan bantuan singapura... mereka hanya menunggu masa sahaja untuk ini

    ReplyDelete
  19. Bila org portugese datang mereka balik, belanda datang mereka balik, inggeris datang mereka balik kenegara asal... tapi awas bila immigrant china datang mereka tak akan balik sebaliknya akan menguasai negeri baru mereka tersebut... belajarlah dari sejarah wahai pemimpin2 Melayu... jangan lah jadi menang sorak(senang lenang sekarang duit banyak) negeri tergadai...

    ReplyDelete
  20. "Takkan sultan nak melihat rakyat menderita" he..he... belajarlah dari sejarah raja Patani, bilamana negari sudah dikuasai oleh orang asing... rajapun dah tak boleh buat apa lagi...apa sudah jadi kepada negeri Petani sekarang... rata2 rakyat menderita, dianaktiri oleh pemetintah... kepada penulis otak tu biarlah ada jalan sedikit... berfikiran jauh lah sedikit...

    ReplyDelete
  21. Habislah bangsa johor... tergadailah tak lama lagi mcm singapura... berputih matala jawabnya... lim kit siang dan org cina johor tak pernah menggangap diri mereka sebagai bangsa johor, mereka tetap bangsa cina yg ingin memerintah johor... sooner or later mereka akan membuktikan...AWAS BERWASPADALAH!

    ReplyDelete
  22. Palestine dlm Al Quran insyallah akan jatuh semula ketangan orang Islam. Tapi Johor kalau sudah jatuh ketangan org cina, tak taulah bila boleh dapat semula... mungkin selama2nya mcm Singapura... ketika itu dap, mca dan gerakan akan mengubal dasar dan menggunkan strategi lee kuan you secara sistematik (by law) untuk mengecilkan jumlah penduduk bangsa Melayu (dasar 2 org anak dsb), juga memecahkan kawasan mereka supaya tidak lagi mempunyai kuasa politik dan segala2nya...

    ReplyDelete
  23. Di petronas terdapat berpuluh2 committee yg membuat in depth analysis sebelum membuat keputusan memulakan sesuatu projek. Tapi kat johor ni macamana diaorang proses keputusan sebelum menjual sesuatu kawasan tanah tu, dah buat ke in depth analysia, implication dan sebagainya eik? Takut nnt menang sorak kampung tergadai... org Melayu selalu kena tipu, tak percaya baca balik buku sejarah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com