innity

pages

Tuesday, December 27, 2016

Dua pengikut Tuhan Harun dihukum gantung sampai mati

Sumber foto: NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG
27 Rabiulawal 1438H, Selasa – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas dua lelaki pengikut ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ atas kesalahan membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek pada 2013.
Hukuman itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh, Sumustapha Suradi, 41, dan Shamsinar Abdul Halim, 39.
Tertuduh lain iaitu ketua ajaran berkenaan, Harun Mat Saat, 50; isteri ketiganya, Azida Mohd. Zol, 33; pemandu mereka, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40, dan Jefferi Safar, 39, dibebaskan kerana pendakwaan gagal membuktikan mereka berkonspirasi melakukan perbuatan tersebut.
Harun meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini pada 16 Ogos lalu. - ismaweb

2 comments:

  1. Harun pun dahh kojol mcmana nak jadi tuhan

    ReplyDelete
  2. Harun pun dahh kojol mcmana nak jadi tuhan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com