innity

pages

Wednesday, December 21, 2016

[DI M'SIA, 1MDB SUCI] Mahkamah S'pura Hari Ini PUTUSKAN bekas pegawai bank Jho Low BERSALAH


Bekas pegawai bank BSI Singapura Yeo Jiawei hari ini didapati bersalah berhubung tuduhan mengganggu saksi berhubung dengan penyiasatan pengubahan wang haram 1MDB di republik itu.
Laporan Bloomberg memetik Hakim Ng Peng Hong berkata Yeo adalah "saksi yang tidak boleh dipercayai dan tidak kredibel” sebelum menjatuhkan hukuman bersalah.
Yeo berdepan dengan hukuman penjara tujuh tahun maksimum. Hukuman akan dijatuhkan esok.
Sepanjang perbicaraan, saksi pendakwaan memberi keterangan bahawa hartawan Malaysia Jho Low adalah pelanggan Yeo dan kedua-dua mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat.
Mahkamah juga diberitahu bahawa Low membayar Yeo sekitar S$500,000 setahun bagi perkhidmatannya, termasuk menguruskan beberapa akaun di BSI Singapura yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Walau bagaimanapun, Yeo mendakwa beliau tidak pernah menerima satu sen pun daripada Low.
Mahkamah Singapura juga akan membicarakan Yeo atas beberapa kesalahan lain tahun depan - semua berkaitan dengan siasatan 1MDB, termasuk penipuan, pengubahan wang haram dan pemalsuan.
Setakat ini, Yeo adalah pegawai bank ketiga BSI yang disabitkan kesalahan berhubung 1MDB.
Yak Yew Chee sedang menjalani hukuman penjara 18 minggu atas tuduhan pemalsuan dan kegagalan untuk mendedahkan transaksi yang mencurigakan. Jumaat lalu, pekerja bawahan Yak, Yvonne Seah mengaku bersalah terhadap tuduhan yang sama dan dihukum penjara dua minggu.
Singapura telah mengarahkan BSI untuk menghentikan operasinya pada bulan Mei lalu.
Sebelum ini, pihak berkuasa Singapura juga telah bertindak terhadap UBS Group AG, Standard Chartered dan Falcon Private Bank atas dakwaan yang dikaitkan dengan 1MDB. - MK

4 comments:

  1. Pengundi bn percaya manusia je
    Pengundi pribumi dan harapan percaya allah
    Insyallah

    ReplyDelete
  2. Fakta 1. Yak mengaku salah dan dijel dan kena denda
    Fakta 2. Yvonne mengaku salah dan dijel dan kena denda
    Fakta 3. Yeo didapati bersalah dan dijel dan denda

    Semua kes ini melibatkan dana yang telah dialihpusing seluruh dunia sebelum di masukkan dalam akaun bank Jho Low untuk diuruskan oleh beberapa buah bank di singapura termasuk BSI. Ketiga-tiga pesalah di atas adalah bekas eksekutif BSI. Dalam kes2 di atas dana tersebut adalah dari 1MDB dan atau SRC. Yang meluluskan dana itu masuk ke akaun Jho Low ada Najib Razak. Akhirnya RM2.6 billion masuk akaun najib.

    Terang lagi bersuluh, mana mungkin najib boleh lari dari penyamunan licik yang terancang rapi bersama jho low. Hanya masa menentukan GARI akan disarong ke pergelangan najib.....sabar dan berdoa agar keadilan dapat juga kita dapati..... insyaAllah

    ReplyDelete
  3. Sikit pun najib tak peduli. Tangkaplah berapa ramai yg boleh. Najib tak kisah pun. Dia ni dah pikir dia ni tahal dewa. Dia dah rasa diri dia taraf firaun.

    ReplyDelete
  4. bekukan semua duit mereka seantero dunia sampai mereka x mampu beli dedak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com