innity

pages

Tuesday, December 20, 2016

DAISH: Polis TAHAN 2 Penuntut Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di Shah Alam


Kuala Lumpur: Tujuh lelaki termasuk empat warga asing ditahan Bahagian Cawangan Khas Anti Pengganas (E8) Bukit Aman antara 3 November hingga 16 Disember lalu, selepas disyaki terbabit dengan kumpulan Daish.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, tangkapan dilakukan dalam operasi khas dilancarkan di Selangor, Melaka, Johor dan Sabah.
Menurutnya, tiga suspek yang ditahan pada 3 November lalu adalah warga asing berusia antara 20 hingga 30 tahun.
"Dua daripadanya adalah penuntut Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), di Shah Alam, Selangor.
"Seorang daripada mereka pernah disiasat pihak berkuasa asing kerana disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas Daish selepas cuba mendapatkan maklumat sensitif aspek keselamatan di sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur," katanya.
Beliau berkata, seorang lagi suspek pernah ditahan pihak berkuasa Timur Tengah pada 2010 kerana disyaki menganggotai kumpulan pengganas Al-Qaeda.
"Tangkapan warga asing seterusnya adalah pada 8 Disember lalu ke atas seorang operator kilang di Johor berusia 26 tahun.
"Suspek merancang menyeludup senjata api ke Poso, Indonesia selain menyusup masuk ke Myanmar untuk melancarkan serangan," katanya.
Khalid berkata, dalam tangkapan 26 November lalu seorang suspek rakyat Malaysia ditahan di Melaka selepas disyaki menerima arahan daripada Muhamamad Wanndy Mohamed Jedi untuk melancarkan serangan di pusat hiburan sekitar Melaka dan Kuala Lumpur.
"Suspek berusia 24 tahun itu turut mendapat tunjuk ajar cara menghasilkan bahan letupan daripada Muhammad Nasrullah Abd Latif atau Abu Gomes iaitu rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan Daish di Syria.
"Dua lagi suspek rakyat Malaysia berusia 24 dan 35 tahun ditahan kerana mengancam melancarkan serangan bom di pusat hiburan di Kuala Lumpur melalui akuan Facebook manakala seorang lagi disyaki menganggotai sel Daish di Sabah," katanya.
Artikel ini disiarkan myMetro pada : Selasa, 20 Disember 2016 @ 8:36 PM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com