innity

pages

Thursday, December 15, 2016

[CETUS TANDA TANYA] Cenderahati Lukisan Gambar Zahid - Arwah TG Haron Din di Multaqa Perundangan dan Politik, MPI

Ahmad Zahid menerima cenderahati berupa potret beliau bersama Allahyarham Tuan Guru Haron Din pada majlis hari ini - BERNAMApic
PUTRAJAYA - YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, TPM telah merasmikan Multaqa Perundangan dan Politik, Majlis Perundingan Islam (MPI) di The Everly Hotel, Putrajaya hari ini.

TPM dalam ucapan menasihatkan agar diketepikan keegoan politik dan perbezaan pendapat demi kepentingan bersama umat Islam di negara ini. 

Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah kenapa sejak akhir-akhir ini pelbagai program yang kononnya demi Islam yang diadakan akan turut melibatkan pemimpin PAS tetapi tidak pula pemimpin PPBM.


Pada majlis ini kelihatan Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Haji Idris Haji Ahmad turut bersama-sama.  

Malah, cenderahati potret Allahyarham Tuan Guru Haron Din yang dipilih untuk diletakkan bersama-sama Zahid Hamidi.

Sesetangah pendapat menyatakan bahawa program-program Islam yang melibatkan pemimpin UMNO dan PAS sejak akhir-akhir ini merupakan serampang dua mata yang bertujuan untuk melunakkan ahli-ahli PAS agar mampu menerima UMNO bagi menghadapi PRU-14.

Apapun, kita berharap agar UMNO jujur memperjuangkan Islam walaupun beberapa kali menangguhkan RUU355 dibentangkan di Parlimen.







5 comments:

  1. kalau ada Tuan Guru Nik Abdul Aziz benda ni pasti tak berlaku...ingat lagi kah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dipecat daripada PAS semata-mata ingin menyatukan PAS-UMNO. Ustaz Nasharuddin bukan orang kecil dalam PAS tapi PA sanggup tendak semata-mata sangat benci pada UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang Nasa dipecat sbb permainan politik puak parasit yg dah terjun dlm gaung AMANAH. Percaturan politik puak parasit utk kuasai PAS mengurangkan pengaruh Haji Hadi dan ulamak. Tapi gagal sbb Hassan Ali berjaya menyedarkan Haji Hadi dan ulamak permainan puak parasit.

      Delete
  2. Insyallah amin pribumi dan harapan .menang pru14..

    ReplyDelete
  3. 700 billion hutang negara÷ bayar 50 billion setahun
    =14 tahun kena bayar hutang
    Pendapatan negara cecah 50 billion setahun...?

    Sedak ke pemakan dedak belake...

    Insyallah pribumi dan harapan menang pru14

    ReplyDelete
  4. Itu namanya politik...agama tu lain...politik lain..dlm agama ada politik..dlm politik ta der agama...lu pikir sendiri..dan sendiri mau ingatlah..tak kira org politik atau alim ulama'..sama jer tu zaman skrg..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com