innity

pages

Tuesday, December 20, 2016

Britain, NATO Dituduh Dalang Pembunuhan Duta Rusia

Duta Rusia ke Turki, Andrei Karlov terbaring selepas ditembak oleh anggota polis Turki, Mevlut Mert Altintas di sebuah galeri seni di Ankara pada 19 Disember 2016. - REUTERS
MOSCOW: Britain dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diheret sama dalam kes pembunuhan Duta Rusia ke Turki pada Isnin selepas kedua-dua pihak itu didakwa sebagai pihak yang bertanggungjawab atas insiden terbabit.
Mangsa, Andrey Karlov dibunuh oleh polis Tukri, Mevlut Mert Altintas, 22, dalam kejadian yang disifatkan Rusia sebagai tindakan keganasan.
Namun pemimpin kumpulan ultranasionalis Rusia, Vladimir Zhirinovsky mempersalahkan Britain atas kejadian tragis itu dengan dakwaan insiden itu bertujuan menghalang lawatan akan datang Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ke Moscow untuk mengukuhkan hubungan dengan Presiden Vladimir Putin.
"Blok Barat cuba mencetuskan perbalahan antara kita (Turki dan Rusia). Semua konflik didalangi oleh Britain.
"Insiden tersebut dilakukan dengan sengaja bagi menjejaskan lawatan Erdogan. Kini lawatan itu pasti akan ditangguhkan," katanya.
Sementara itu, Senator Rusia, Frantz Klintsevich yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan dan Keselamatan Rusia, menuding jari kepada NATO ekoran pembunuhan Karlov.
"Mungkin kejadian itu didalangi Daesh atau pemberontak Kurdis yang cuba menggugat kedudukan Erdogan.
"Tetapi kemungkinan besar wujud gerakan daripada perkhidmatan rahsia NATO dalam insiden berkenaan.
"Tragedi yang berlaku merupakan satu provokasi jelas dan cabaran besar kepada Rusia," katanya.
Dalam kejadian terbabit, Karlov, 62, ditembak sebanyak sembilan das oleh Mevlut ketika beliau sedang menyampaikan ucapan pada satu majlis pameran seni di Ankara.
Mevlut kemudiaan ditembak mati oleh pihak berkuasa Turki dan polis turut menahan ibu serta kakak suspek untuk membantu siasatan.

8 comments:

  1. Di malaysia pula..siapa dalang disebalik najib dan rosmah...???
    Amerika?..rusia??...israel?..china?..syiah?..suni?..atau negara yang cemburukan malaysia?....

    Najib dan rosmah sebagai topeng boneka yang dipergunakan...?

    ReplyDelete
  2. Ape yang rakyat boleh lakukan?
    Boleh cakap saje..hoi najib letak jawatan...

    Boleh?

    Boleh?

    Kena tangkap...

    ReplyDelete
  3. Another public enemy..undang-undang..jadi minuman saja di malaysia..

    ReplyDelete
  4. Rakyat zalim..
    Pemerintah jujur di malaysia..

    ReplyDelete
  5. Kezaliman.yang lebih hina dari..menindas rakyat....

    ReplyDelete
  6. Setiap sen dibelanja..kena bayar.GST 0.006 sen......

    1MDB...skim cepat kaya besar besaran NAJIB

    hutang negara bayar dengan daun pisang. Daun sawit. Daun getah yeak?

    Ringgit malaysia =duit daun pisang zaman jepun

    ReplyDelete
    Replies

    1. Ko tak tau ke ada beratus2 jenis barang2 yang tak kena GST. Itu lah masaalahnya apabila tak pernah baca akhbar Dan tak pernah tonton TV.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com