innity

pages

Sunday, December 11, 2016

[BILA NAK HANTAR PULANG?] M'sia Alu-Alukan Keputusan Myanmar Larang Rakyatnya Bekerja Di M'sia

 

KAJANG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan Myanmar untuk melarang rakyatnya bekerja di Malaysia.
"Keputusan itu tidak akan memberi akibat langsung kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup perhimpunan Agung Parti IPF Ke-24 di sini, Ahad.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian apabila diminta mengulas laporan mengenai keputusan kerajaan Myanmar yang melarang rakyatnya bekerja di Malaysia berkuat kuasa 6 Disember lepas.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Imigresen Myanmar mengumumkan pihaknya telah menghentikan pengeluaran lesen kepada rakyatnya yang mahu bekerja di Malaysia.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot pula dilaporkan berkata, bahawa pihaknya belum menerima notis rasmi daripada kerajaan Myanmar berhubung larangan itu. - Bernama

5 comments:

  1. Apa ada hal...bangla ramai lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes...Ada sebab Nak bawa masuk Bangla 3juta

      Delete
    2. Yes...Ada sebab Nak bawa masuk Bangla 3juta

      Delete
  2. Insyallah...ppbm dan harapan menang pru14..amin

    ReplyDelete
  3. Ini lah masa ditunggu tunggu..
    Boleh bawak bangla dah...sila sila..!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com