innity

pages

Wednesday, December 14, 2016

[BERSATU PERLU PUJUK PAS] Penganalisa: Pakatan Harapan-BERSATU masih perlukan PAS


Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memerlukan penyertaan PAS jika mereka mahu peluang yang lebih baik untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya umum akan datang, kata para penganalisis.
"Tanpa PAS mereka akan berdepan masa yang sangat sukar (melawan BN)," kata pensyarah Universiti Malaysia Sarawak dan pengulas politik, Jeniri Amir kepada Malaysiakini.
Ketua Eksekutif IDEA, Wan Saiful Wan Jan bersetuju bahawa pembangkang mungkin mempunyai peluang jika kepimpinan tertinggi PAS boleh diyakinkan untuk bekerjasama dengan HARAPAN dan BERSATU.
Jeniri dan Wan Saiful mengulas mengenai perjanjian yang telah ditandatangani oleh HARAPAN dan BERSATU semalam mengenai kerjasama rasmi antara mereka.
Antara lain, kedua-dua pihak bersetuju bahawa mereka hanya akan mengambil bahagian dalam pertandingan satu lawan satu menentang BN dalam pilihan raya umum ke-14.
Mereka juga bersetuju untuk berbincang dengan parti-parti lain yang tidak menandatangani perjanjian itu mengenai pertandingan satu lawan satu.
Para penganalisis dan veteran politik telah mengingatkan bahawa pertandingan banyak penjuru dalam pilihan raya, akan memberi kelebihan kepada BN.
Presiden BERSATU, Tan Muhyiddin Yassin berkata beliau akan memberi PAS masa sehingga tahun depan untuk memutuskan sama ada ia akan bekerjasama dengan pakatan pilihan raya bersama pembangkang.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengisytiharkan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP dan parti AMANAH.
Tuan Ibrahim juga berkata parti itu tidak akan berkompromi untuk bertanding semula di 70 kerusi yang ditandingi PAS dalam pilihan raya umum lepas.
Pada hari Ahad, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata beliau yakin parti itu boleh merampas Kelantan dan Terengganu - kedua-duanya merupakan kubu kuat PAS.
Wan Saiful berkata ada berkemungkinan pembangkang akan menyalahkan PAS sekiranya BN kekal berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.
"Ia agak tidak adil untuk meletakkan semua beban kepada PAS, tetapi malangnya, parti ini perlu memutuskan sama ada ia mahu memberi keutamaan untuk mengalahkan BN atau melaksanakan undang-undang syariah," katanya.
'Jalan tengah'
Wan Saiful percaya sekiranya PAS yakin bahawa BN akan kalah dalam PRU-14, ia tidak akan mahu berada di pihak yang kalah.
Jeniri pula berkata dengan memutuskan untuk bekerjasama dengan HARAPAN dan bukannya menyertainya, BERSATU telah meletakkan dirinya dalam kedudukan yang baik untuk 'pujuk' PAS bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain.
"Ini adalah jalan tengah, dengan cara ini BERSATU tidak akan kelihatan terlalu rapat dengan AMANAH dan DAP," katanya.
Wan Saiful menambah, keadaan ini juga akan membantu BERSATU - sebuah parti serpihan Umno - untuk menarik pengundi sasarannya yang mungkin tidak percaya pada DAP. - MK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com