innity

pages

Thursday, December 22, 2016

Bekas Bendahari PAFA, Datuk Mansur CEDERA DITETAK penyamun


Ipoh: Bekas Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak PAFA Datuk Mansur Ahmad cedera ditetak dibahagian kepala selepas disamun sekumpulan perompak di kediamannya di Taman Meru Height petang tadi.

Dalam kejadian kira kira 3.30 petang itu - mangsa bersama isteri dan anaknya sedang bersiap untuk keluar rumah.

Bagaimanapun mangsa didatangi beberapa individu yang menaiki motorsikal sebelum ditetak dibahagian kepala ketika cuba melindungi cucunya.

Isteri mangsa turut dilaporkan cedera di tangan akibat ditetak sebelum kesemua
perompak terbabit melarikan diri bersama beberapa barangan kemas dan telefon bimbit milik anak mangsa.

Mangsa dan isterinya dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk menerima rawatan.

Keadaan kedua mangsa dilaporkan stabil dan sedang menjalani pembedahan.- Buletin TV3



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com