innity

pages

Thursday, December 8, 2016

[BAYAR LEWAT, BAYAR LEBIH] Polis tawar diskaun saman 50 peratus untuk pesalah trafik


8 Rabiulawal 1438H, Khamis – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) memperkenalkan konsep bayaran saman ‘Bayar Lewat, Bayar Lebih’ dengan menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus kepada pesalah trafik.
Bagaimanapun, konsep bayaran saman itu bergantung kepada tempoh masa yang diambil untuk mereka melakukan pembayaran.
Pengarah JSPT, Datuk Mahamad Akhir Darus berkata, dengan adanya penawaran ganjaran diskaun automatik ini, pihaknya berharap ianya membolehkan pesalah trafik membayar saman mengikut masa yang ditetapkan
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak berurusan dengan mana-mana ‘ulat diskaun’ yang mengaku boleh menguruskan pembayaran sama trafik dengan menawarkan diskaun sehingga 80 peratus.
“Orang ramai boleh membuat bayaran terus di kaunter bayaran trafik di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pejabat Pos Malaysia Berhad, mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank atau secara dalam talian melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilex.com,my,” katanya dalam satu kenyataan semalam. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com