innity

pages

Friday, December 30, 2016

[BAWAH KUASA POLIS] K’jaan Selangor tiada kuasa sita pusat judi, kata exco


Kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menutup atau menyita sebarang pusat perjudian kerana tanggungjawab mutlak untuk berbuat demikian terletak pada pasukan polis persekutuan, kata anggota Exco, Ean Yong Hian Wah.
Ini susulan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membidas kerajaan negeri yang didakwa gagal membendung pusat perjudian.
Jamal yang juga adalah ketua Umno Bahagian Sungai Besar, malam semalam bersama kira-kira 100 penyokongnya menyerbu beberapa pusat perjudian di Ampang Jaya.
Mengulas isu itu, Ean Yong mengingatkan Jamal bahawa kuasa untuk menyerbu atau memantau pusat perjudian adalah di tangan polis dan bukannya kerajaan negeri.
Oleh itu, beliau berkata Jamal tidak boleh melepaskan tanggungjawab berkenaan kepada kerajaan negeri.
"Saya gesa Jamal jangan bertindak tanpa mematuhi undang-undang.
"Jika beliau ada sebarang maklumat mengenai pusat judi haram, beliau perlu menyerahkannya kepada pihak polis," kata Ean Yong yang juga adalah ADUN Seri Kembangan pada sidang akhbar di Serdang hari ini.
Sambil menyifatkan pemimpin Umno itu sekadar "jagoh kampung", Ean Yong menyelar tindakan Jamal adalah untuk menutup kesilapannya.
Beliau berkata kerajaan negeri hanya diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen komersial dan bukan untuk membuat serbuan.
"Kerajaan negeri tidak ada kuasa untuk menentukan sama ada mereka terlibat dalam aktiviti perjudian.
“Skop penguatkuasaan kami hanya tertumpu kepada operasi perniagaan yang tanpa lesen," katanya.
Ean Yong, yang bertanggungjawab terhadap portfolio kerajaan tempatan, berkata pihak berkuasa tempatan sedia bekerjasama dengan pihak polis dalam membanteras aktiviti perjudian haram.
Namun katanya, kekurangan anggota penguatkuasaan majlis tempatan menyukarkan mereka untuk bertindak.
"Perjudian dan pelacuran adalah kes jenayah. Beliau (Jamal) harus menyedari ini," katanya.
Sambil mencadangkan kerajaan persekutuan untuk mengagihkan kuasa, Ean Yong berharap kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dapat membentuk pasukan penguatkuasaannya sendiri untuk menegakkan undang-undang. - MK

5 comments:

  1. Jamal ni bodoh sombang.
    LCE tak lulus apa yg dia tau pasal undang2?
    Jadi kuda tunggangan?

    ReplyDelete


  2. Kerajaan negeri ada kuasa melalui majlis tempatan untuk memgeluarkan lesen.

    So bila polis menyita primis A, lesen akan dikeluarkan pada primis B, bila B kena sita, C pula dapat lesen. Duk main tarik tali ni sampai bila nak habis.

    ReplyDelete
  3. Kalau dah kerajaan pun tiada kuasa baik jangan jadi kerajaan la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kerja polis laa dol...
      Lesen pbt.bila dpt lesen lain yg diniagakan...ada paip air ni semua...
      Klu dah mcm apa ko komen negeri bn pun baik bubar je..

      Delete
  4. Kerajaan negeri yg keluarkan lesen perjudian. Maka exco ean yong mempertahankan perjudian dan pelacuran kerana ini bisnes pasti untung punya ma..jamal orang
    islam dan jadi tanggung jawab dia benteras perkara ini sebab perjudian dan pelacuran haram dlm islam. Mungkin agama lain tak salah. Bagi yg tak suka jamal buat tindakan ini mungkin mereka bukan orang islam atau memang ada kepentingan dlm bisnes perjudian dan pelacuran ini. Siapa yg jadi teko atau tokey perjudian dan pelacuran dinegara kita???.. sendiri tau lah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com