innity

pages

Wednesday, December 14, 2016

'Bas London' Melaka SUDAH 6 TAHUN TERSADAI


Bas dua tingkat berwarna merah atau lebih popular sebagai ‘Bas London’ yang menjadi kebanggaan penduduk negeri ini kerana berjaya menarik ramai pelancong, sudah tersadai sejak 6 tahun lalu dipercayai akibat sukar mendapat alat ganti selepas mengalami kerosakan. 

Kenderaan terbabit yang menyediakan perkhidmatan di sekitar kawasan pelancongan pusat Bandaraya Melaka Bersejarah sejak 14 Ogos 2007, terpaksa ditempatkan di Kompleks Logistik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Batu Berendam. 

Perkhidmatan pengangkutan pelancongan itu sebelum ini dikendalikan PM Cultural and Tourism (PMCT) Sdn Bhd, anak syarikat milik kerajaan negeri yang turut menyediakan perkhidmatan bas awam di sekitar Bandaraya Melaka Bersejarah. 

‘Bas London’ tersadai kelihatan berada di bawah garaj dan masih belum dibaik pulih di Kompleks Logistik MBMB, Batu Berendam. 

Sumber memberitahu Berita Harian, kedua-dua enjin bas berusia 30 tahun yang dibeli dari London Bus Export Ltd di United Kingdom, mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat diperbaiki segera kerana alat gantinya perlu diperoleh dari tempat asalnya. 

Katanya, akibat kerosakan teruk itu, MBMB terpaksa mengambil alih pengurusan kedua-dua bas itu daripada PMCT, sebelum diletakkan di Kompleks Logistik MBMB di Batu Berendam bagi proses pembaikan. 

“Perkhidmatan dua bas itu diberhentikan selepas kerja membaikinya tidak dapat diteruskan kerana menanti alat ganti dari London,” katanya.

Perkhidmatan Bas London diperkenalkan kerajaan negeri sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong ke Melaka. 

Produk pelancongan ini popular di kalangan pelancong domestik untuk bersiar-siar di tapak bersejarah di sekitar pusat bandar raya.

3 comments:

  1. Nanti bila ada bajet beli lah bas itali,bas perancis,bas vietnam,bas china,bas myanmar,bas bangladesh dan bas amerika syarikat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh apa ko merepek ni. Beli china doll boleh pulak?

      Delete
  2. ni lah hasilnya bila kerajan negeri membuat perancangan mcm meniaga kedai runcit..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com