innity

pages

Thursday, December 15, 2016

[BALIK RAYA KE KELANTAN LEBIH LANCAR] Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini


KUALA LIPIS, 15 Rabiulawal 1438H, Khamis – Sebahagian daripada keseluruhan 390 kilometer (km) Lebuhraya Central Spine Road (CSR), yang menghubungkan Bentong dan Kuala Krai, Kelantan, dibuka secara rasmi hari ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pembukaan seksyen 3.85km antara Kampung Kechur ke Kampung Seberang Jelai di sini akan membantu mengurangkan masa perjalanan dan berfungsi sebagai jalan alternatif kepada pengguna yang mahu ke Kelantan.

Beliau berkata, seksyen yang mula dibina pada Oktober 2014 itu telah disiapkan sepenuhnya pada Oktober tahun ini yang menelan belanja sebanyak RM59 juta.
Dwi-laluan kenderaan menggunakan kaedah Continuously Reinforced Concrete Pavement (CRCP), yang mempunyai ketahanan tinggi dan boleh membantu mengurangkan kos penyelenggaraan.
Projek CSR adalah yang kedua di Malaysia menggunakan CRCP selepas Lebuhraya Utara-Selatan, menggunakan kaedah sama pada tahun 1990,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Pembinaan projek CSR yang dimulakan mengikut fasa sejak tahun 2008 itu dianggarkan bernilai RM6.6 bilion apabila siap keseluruhannya.

Projek CSR yang disifatkan sebagai satu daripada projek infrastruktur berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) itu dibahagikan kepada enam pakej utama dan kementerian itu menyasarkan ia siap sepenuhnya pada RMK-11, bergantung epada peruntukan yang diterima.
Enam pakej itu ialah Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit, Kelantan sepanjang 51 km; Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang, Kelantan (63 km); Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang (107 km); Kampung Relong ke Raub, Pahang (56 km); Raub ke Bentong, Pahang (60 km) dan Bentong ke Simpang Pelangai (53 km). - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com