innity

pages

Wednesday, December 7, 2016

[AZWAN BRO ANGKAT SUMPAH JADI SENATOR] 6 pemimpin Umno angkat sumpah senator PAGI INI


Enam pemimpin Umno, termasuk Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara pagi ini.
Upacara dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S A Vigneswaran.
Khairul yang lebih dikenali sebagai Azwan Bro memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan (Master of Management) pada tahun 2007 dari Open University Malaysia (OUM).
Selain itu beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada tahun 1999 dari Cardiff University of Wales.
Turut mengangkat sumpah ialah Ketua Wanita Umno Melaka, Datuk Rabiyah Ali, Setiausaha Umno Kelantan, Datuk Hanafi Mamat, Ketua Umno Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff, Penolong Setiausaha Puteri Umno, Datuk Fahariyah Md Nordin dan Pengerusi Kluster Pendidikan Umno Johor, Rahemah Idris.
Pelantikan mereka bagi tempoh tiga tahun.
Dalam ucapan aluannya, Vigneswaran berharap mereka yang dilantik dapat menunjukkan perangai, perwatakan, keperibadian tinggi dan bersopan-santun semasa menyertai sesi persidangan Dewan Negara.
"Sekarang ini saya risau kerana terdapat segelintir Yang Berhormat yang tidak menghormati kemuliaan Parlimen dan melanggar peraturan mesyuarat serta perlembagaan negara.
"Saya memperingati diri saya dan menarik perhatian semua Yang Berhormat supaya memahami segala peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan negara dan peraturan-peraturan mesyuarat (Dewan Negara)," katanya. - MK

Rupa-rupanya ayat "SAYA TELAH BUAT LAPORAN POLIS" "RUJUK KEPADA LAPORAN SAYA" memberi tuah kepada Azwan Bro

7 comments:

  1. ni la hasilnya ...pas ni jgn terkejut kalau abeyJamal baju merah pulak akan dpt apa2 post..dah tau dah..bila kepalanya mengamal prinsip Cash is King, so takda apa yg nak dihaironkan lg.

    ReplyDelete
  2. tk lama lagi mamak tebar roti canai pun dpt jadi senator asalkan roti canai dia najib singgah kedai pi makan hahaha.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAHKAHKAHKAH......good one.



      Delete
    2. PM haprak, 'anak buah' pun sama haprak.

      Delete
    3. see..even u urself confirming that ur dear pii emm is corrupted .. as he will granted dr M with senatorship if he drop by to eat his roti canai?

      utterly moron comment made by blind supporter..

      Delete
  3. Sapa yg paling kuat melalak pertahan najib ..pasti dapat ganjaran. Ciri2 bodoh dan biadap mesti ada sekali.

    ReplyDelete
  4. Amin ya allah..HARAPAN menang pru 14

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com