innity

pages

Sunday, December 18, 2016

[ANNUAR MUSA KENA HENTAM] TMJ: Saya tak perlu terima nasihat pemimpin gagal


Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata beliau tidak akan menerima nasihat daripada pemimpin yang gagal berhubung cadangan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditadbir secara proksi.
"Baru-baru ini, terdapat satu kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri, menggesa agar bola sepak tidak sepatutnya diuruskan melalui proksi dan menyatakan saya perlu menjelaskan pendirian dan membuat keputusan sama ada mahu menerima tugasan tersebut (selaku Presiden FAM) atau tidak.
"Bagi saya, perkara yang terbaik adalah membiarkan ahli-ahli gabungan yang membuat keputusan mengenai apa yang terbaik untuk bola sepak Malaysia dan juga kepada penyokong.
"Pertama sekali, saya tidak perlu untuk menerima nasihat daripada seorang pemimpin yang gagal untuk memimpin," katanya dalam cacatan di Facebook.
Kenyataan Tunku Ismail adalah jelas merujuk bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang dilapor mempertikaikan pendirian Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) supaya FAM ditadbir secara proksi.
Annuar berkata, cadangan MUSA bagi melantik Tan Sri Aseh Che Mat sebagai presiden badan induk itu untuk membolehkan Tunku Ismail terbabit dalam FAM adalah sama sekali tidak boleh diterima kerana melanggar statut badan induk berkenaan.
"Apakah yang cuba dilakukan? Apakah FAM mahu ditadbir secara proksi? Di mana letak duduk statut FAM sehingga MUSA boleh mencadangkan struktur jawatan yang tidak wujud dalam statut FAM," kata Annuar seperti dilapor Berita Harian.
MUSA menerusi Timbalan Presidennya, Datuk Yusoff Mahadi dalam satu laporan akhbar berkata pihaknya bersedia untuk memberi sokongan kepada Aseh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM asalkan ia dapat menarik pembabitan Tunku Ismail dalam badan induk bola sepak negara itu.
MUSA berpendapat Tunku Ismail lebih selesa berada dalam FAM sebagai penaung atau penasihat diraja berbanding menjadi presiden, tetapi ahli gabungan perlu memilih Aseh bagi menerajui FAM.
Gagal terajui Kelantan
Mengulas lanjut, Tunku Ismail turut merujuk kegagalan pasukan Kelantan dalam berdepan masalah kewangan ketika diterajui Annuar.
"Setiap kali sebuah kelab bola sepak atau syarikat menghadapi masalah kewangan, ia dipanggil kelemahan pengurusan. Ia juga secara tidak langsung mencerminkan sikap pemimpin tersebut.
"Apabila anda berada dalam kedudukan di mana anda mempunyai banyak penaja, anda sepatutnya menggunakan peluang tersebut untuk melangsaikan semua hutang anda.
"Sebaliknya, anda membuat keputusan dengan mengambil khidmat jurulatih import baru serta tiga pemain import tambahan. Dengan keputusan ini, orang-orang yang menjadi mangsa adalah pemain-pemain tempatan kerana mereka tidak menerima gaji mereka," kata Tunku Ismail.
Menurut Tunku Ismail, keutamaan sepatutnya diberikan kepada pemain tempatan dan bukannya pemain import.
"Ia jelas menunjukkan bahawa anda terlebih membayar pemain import dan hasilnya, anda tidak mampu untuk mengekalkan kelab.
"Perkara itu tidak berakhir di sini, kita dapat lihat prestasi Kelantan mulai merosot dan cukup jelas bahawa kapal tersebut mulai karam.
"Lebih memburukkan lagi keadaan sebagai nakhoda kapal, anda memilih untuk meninggalkan kapal tersebut, dan membiarkan anak-anak kapal anda menderita. Dan dengan situasi tersebut, anda masih ada keinginan untuk menjadi Presiden FAM," kata Tunku Ismail. - MK

8 comments:

  1. Hahahaha...setepek kena kt dahi tan sri annuar. Tapi tak boleh kata jugak. TMJ kaya, tak ada masalah duit. Macam tikus jatuh ke kepuk beras. Kena selak beras baru jumpa tikus. Tak boleh la nak banding dengan golongan marhein yang kena usaha cari duit. TMJ belum lahor lagi duit dah siap menunggu. Itulah manusia. Lupa keadaan orang lain bila diri dh TERLALU senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum saudara kata TMJ sudah kaya semasa memimpin persatuan bola johor adalah lbh baiksaudara periksa dan pergi ke JDT utk tahu kisah sebenar. Nak komen tapi ilmu kurang nampak dangkal la pulak.
      Sejarah boa johor sgt teruk sama macm kelantan juga, bergantung kpd ahli politik dan MB Johor. Sponsor ada pun tapi susah. Pengurusan gagal. Sebaik TMJ ambil alih sponsor diurus dgn baik dan duit kerajaan negeri pun tak diminta lagi.
      Maka TMJ adalah calon layak utk bantu ubah pengurusan FAM. Sbb perangai kebanyakan pemimpin UMNO mmg gagal urus apa sj dinegara ini. Depa hanya tau minta duit dan tabur duit, urus duit tak reti. Jgn lah lagi kita libatkan bolasepak dgn politik, akan selamatlah bolasepak negara.

      Delete
  2. Betul yg diperkatakan olih TMJ... Seorang pemimpin yg gagal sepatutnya tidak diberi Apa2. Jawatan... Apa jd dengar MARA sekarang? Gagal ke semacam KAFA

    ReplyDelete
  3. Selagi bola dan politik beriringan...mimpilah bolasepak negara nak maju. FAKTA.
    Apa yg melayakkan bila seorg ahli politik mesti menguruskan pasukan negeri.Wajib ke? Mana pergi nya bekas bintang2 negara yg pernah menabur bakti dulu? Mereka ini selayaknya lebih tahu dari beberapa kaki bangku yg kononnya hebat mentadbir. Cuba kira berapa banyak institusi yg hancur angkara kononnya bijak pandai politik? Bersepah bro......
    Saya masih ingat dulu2....Jepun tu ulam kita je...setakat 4-0 biasa kita bagi team Jepun dlm Pestabola Merdeka. Dulu lah......
    Skrg mereka layak ke Piala Dunia! Bintang2 mereka bermain di kelab ternama.....KITA ? Gah pemain skandal ngan artis,gah gaji puluhan ribu...ada gah kerana mmg hebat main bola.....entah la labu....yg penting bila season abis,berebut cari pemain import....tah mana dtg entah. Pemain tempatan cuma boleh kutip bola dlm gol je....kualiti pemain tempatan kadang2 lebih bagus dari pemain import. Mcm mana? Sapa yg bayar gaji mereka....bukan rakyat ke? Kena tipu lagi....hehe
    Bolasepak ni satu industri yg cukup lumayan dari segi pendapatan....tapi kalau dah sampai tak mampu nak sertai Liga Super...salah pemain ke? Menarik diri bukan jawabannya....
    Pemain profesinal....pengurus pasukan? Amatur pun tidak! Pasal apa? Pengalaman takde,lepas tu kena tegur emosi la pulak...huhu. Tapi lagak...Mourinho pun kalah!

    ReplyDelete
  4. SELAGI FAM DITRRSJUI OLEH ORANG POLITÌĶ AKHIRNYA SEMUA JAHANAM... BIKSN BOLASRPAK SAJA MANA2 SUKAN YG ANGKAT ORANG POLITIK PASTI JAHANAM..... SUKAN PERLU DIREVOLISIKAN. ... SPORT IN CORPORATED... KLU PASUKAN MENANG ORG POLITIK SPT MENTERI.. MB ADAN TUNJUK MUKA SIAL LRBIH... TAPI BILA TEMPAT TERCOROT MUKA MB ATAU MENTERI LANSUNG X MUNCUL.... MME SIALL...

    ReplyDelete
  5. Siapa yang patut dilantik teraju FAM? Letak pemimpin politik habis segala dipolitikanya untuk kepentingan peribadi dan parti.lantik orang berniaga habis segala untuk cari untung. Letak tengku-tengku nanti payah dinasihat, ramai yang kuat ampu. Letak orang biasa atau bekas pemain yang berwibawa mereka sukar mencari bajet. Siapa yang boleh? Tun M saya yakin boleh. Tapi beliau negarawan hebat, bukan disitu duduknya. Banyak perjuaangan lain yang lebih menuntut keringat beliau. Kehebatan peneraju adalah pemangkin dan yang lebih penting adalah sistem dan pengisian FAM yang perlu diubah.Mampukah kita mengikut cara FA England mengurus epl. Kita telah mencuba, liga nampak hebat tapi tidak mencapai kejayaan dari segi kualiti pemain dan ranking negara.Sahih gagal. Kita tidak perlu liga semi pro atau lain lain pro. Yang diperlukan ialah atitiut manusia yang terlibat dengan FAM mesti pro. Kembali semula keliga amatur. Kejayaan pernah terukir dengan cara itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukan adalah entertainment. Entertainment adalah satu industri. Elok bg pengurusan liga kpd ahli perniagaan yg tahu macam mane nak buat duit. Tidak boleh tidak mrk akan berusaha tingkatkan mutu bolasepak utk tarik penonton dan penaja.kalu gagal mek jugak yg rugi

      Delete
  6. menteri ni tk nampak bola kat padang dia nampak duit je

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com