innity

pages

Wednesday, December 7, 2016

Amerika Syarikat Beri Dana, Bantu Suu Kyi Hapus Rohingya?



Tidak jauh bezanya dengan gerakan Color Revolution yang berlaku di negara lain, gerakan Saffron Revolution di Myammar dipersembahkan kepada seluruh masyarakat dunia sebagai gerakan ultra-liberal-pro-demokrasi yang paling progresif, disokong dengan watak antagonis ciptaan Barat yang paling berjaya; Aung San Suu Kyi, yang dilihat sebagai duta ‘keamanan’ mempromosi nilai demokrasi dan neo-liberalisme di negara terbabit.
Namun di sebalik propaganda ‘kedamaian’ yang dicanang gerakan tersebut, terbongkar sisi gelap demokrasi yang mereka mahukan apabila gerakan Saffron yang diketuai Suu Kyi turun padang bukan kerana hendak mempertahankan hak asasi manusia mahupun kebebasan, tetapi bagi membantah tindakan kerajaan Myammar  memberi status kerakyatan kepada ratusan ribu pelarian Rohingya.
Puak pelampau sami Buddha di Myammar merupakan tulang belakang Suu Kyi dalam Revolusi Saffron beliau.
Menurut satu laporan berita Australia melaporkan bahawa kerajaan Myammar mengumumkan bahawa kad pengenalan kaum minoriti Rohingya yang tidak diberi status kerakyatan akan tamat pada akhir Mac lepas, mengakibatkan mereka kehilangan hak asasi seorang rakyat termasuk hak mengundi.
Laporan itu turut mengeluarkan laporan baru-baru ini berikutan tindakan ektremis Buddha, Wirathu yang menghina dan menggelar wakil UN ke Myammar, Yanghee Lee sebagai pelacur, selepas Lee bertindak mengkritik draf undang-undang yang menindas wanita dan kaum tidak beragama Buddha di negara tersebut.
Wirathu, ektremis Buddha mengetuai Revolusi Saffron pada tahun 2007, membuat bantahan jalanan menyatakan sokongan mereka kepada parti Suu Kyi, National League for Democracy (NLD)
Wirathu, ektremis Buddha mengetuai Revolusi Saffron pada tahun 2007, membuat bantahan jalanan menyatakan sokongan mereka kepada parti Suu Kyi, National League for Democracy (NLD)
Pelik dan aneh apabila gerakan yang dikatakan mempromosi konsep demokrasi Barat bertindak bertentangan dengan idea yang mereka banggakan. Malah gerakan demokrasi Saffron ini bukan sahaja dipelopori oleh blok politik Suu Kyi, malah ditaja berbilion dolar oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom melalui organisasi demokrasi mereka, National Endowment Democracy (NED).
Berikut merupakan laporan dana yang dikeluarkan oleh NED pada tahun 2006. Laporan sebanyak 36 muka surat itu menyatakan secara terperinci jumlah yang disalurkan kerajaan Amerika Syarikat dan beberapa badan korporat bagi menaikkan imej Suu Kyi dan ‘gerakan’ beliau:
1. NED telah menyokong sebarang usaha mempromosi demokrasi di Burma sejak tahun 1996. NED memperuntukkan dana sejumlah $2,500,000 pada tahun 2003 dalam penggubalan undang-undang Foreign Operations di negara tersebut.
2. Kedua-dua media massa milik Amerika, Voice of America (VOA) dan Radio Free Asia (RFA) menawarkan khidmat untuk Burma dan membantu secara langsung bagi menaikkan reputasi Suu Kyi di mata dunia. Sebagai contoh, laman web RFA menyediakan rakaman audio ucapan-ucapan Suu Kyi dari 27 May 2003.
3. Jabatan Negara Amerika Syarikat menyediakan peruntukan sebanyak $150,000 pada tahun 2001/02 bagi memberi biasiswa kepada anak muda Burma menerusi program Prospect Burma, sebuah organisasi yang bekerjasama dengan Suu Kyi. Mereka merancang bagi menyediakan peluang pendidikan bagi individu yang dinafikan hak oleh junta tentera  dan mengembalikan demokrasi di Burma.
Setuju atau tidak, senarai dana di atas kelihatan seperti satu langkah yang mulia yang mempromosi hak asasi manusia, namun apabila sampai kepada hak minoriti Muslim Rohingya, NED dan Suu Kyi kelihatan seperti hilang suara. Ke mana perginya laungan kebebasan demokrasi yang mereka canangkan?
Rupa-rupanya hanya indah khabar dari rupa.
Rujukan: GlobalResearch.org

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com