innity

pages

Thursday, December 15, 2016

Ahli politik punca ketegangan kaum - Prof Datuk Agus

PUTRAJAYA: Pemimpin kerajaan dan pembangkang perlu terlebih dahulu menunjukkan hubungan baik antara mereka jika serius ingin memperbaiki perpaduan kaum di negara ini, kata penganalisis politik.
Prof Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, punca keretakan hubungan antara kaum di Malaysia adalah perbalahan pemimpin politik dan kegagalan menunjukkan contoh yang baik.
“Orang Melayu, Cina dan India seperti pasir, air dan simen – jika digaul menjadi blok kukuh. Begitulah cara kita dahulu. Sekarang mungkin seperti kek aising, cantik di luar tetapi rapuh di dalam.
Apakah masalah itu? Tentunya masalah politik. Kerana pemimpin politik tidak menunjukkan imej perpaduan. Ia (imej perpaduan) bukan terletak pada rakyat, tetapi bermula dengan pemimpin,” katanya pada persidangan Multaqa Perundangan dan Politik anjuran Majlis Perundangan Islam (MPI) di The Everly Hotel hari ini.
Justeru, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menggesa kedua-dua pihak menunjukkan imej perpaduan agar menjadi contoh kepada rakyat.
Misalnya ketika Hari Raya, anjurkan rumah terbuka negara dan pemimpin pembangkang ada bersama. Ketika sambutan merdeka di negara lain, para pemimpin berdiri di pentas bersama. Ini belum kelihatan di negara kita,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan resolusi kluster politik persidangan itu, mewakili menteri besar Perak merangkap ketua kluster politik Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Antara resolusi tersebut adalah menangani perpecahan politik umat Islam bagi mengelakkan kuasa politik terhakis, menangani persepsi yang mengancam keharmonian hidup beragama pada zaman ini dan memperkemas pendidikan secara menyeluruh agar menjurus kepada penyatuan umat Islam.
Agus juga sempat menambah “resolusinya” sendiri dengan menggesa media mengambil pendekatan baru yang membina untuk mewujudkan rasa hormat dan menghormati perbezaan pelbagai pihak.
“Jika ingin mengangkat Melayu dan Islam, media kena cari pendekatan baru. Selagi kita burukkan satu pihak secara berlebihan, selagi itulah akan wujud reaksi lain ekoran apa yang kita siarkan.
“(Pastinya sukar) kalau terus melaga-lagakan. Mari kita bermula semula,” katanya lagi.
Ketika persidangan, beberapa kertas kerja dan sesi perbincangan diadakan dengan fokus terhadap isu perundangan dan politik masyarakat Melayu dan Islam pada hari ini.
MPI dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan terbahagi kepada 7 kluster, antaranya ekonomi, pendidikan, sosial dan undang-undang. - FMT

4 comments:

  1. Agus pemakan dedak najib...insyallah amin pribumi dan harapan menang pru14

    ReplyDelete
  2. 700 billion hutang negara÷ bayar 50 billion setahun
    =14 tahun kena bayar hutang
    Pendapatan negara cecah 50 billion setahun...?

    Sedak ke pemakan dedak belake...

    Insyallah pribumi dan harapan menang pru14

    ReplyDelete
  3. Peribumi blom ada sejarah menang pru..baru jer tubuh...takut nanti pribumi akan tersembam ke dalam bumi dan tak bangun lg..ini politik..hehehe..

    ReplyDelete
  4. Peribumi blom ada sejarah menang pru..baru jer tubuh...takut nanti pribumi akan tersembam ke dalam bumi dan tak bangun lg..ini politik..hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com