innity

pages

Friday, December 16, 2016

[AHLI PAS TIDAK LUPA] hanya kerna BERSAMA NAJIB MELAWAT PALESTIN, PAS PECAT Timb. Presiden, Ustaz Nasha

Gambar menunjukkan delegasi Malaysia iaitu PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Menteri Luar Dato' Seri Anifah Aman & Menteri di JPM Jamil Khir Baharom berdoa bersama PM Palestin Ismail Haniyeh di depan bangkai kereta almarhum Ahmed Al-Jaabari yg terbunuh dibom Israel, dalam lawatan PM Malaysia ke Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar penerangan daripada seorang ulama Arab Saudi, Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly (kanan) semasa pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa OIC di Mekah. Turut hadir Mufti Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi (kiri) dan Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa

Pas perlu menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung dasar berbaik-baik dengan UMNO kerana tindakan PAS akhir-akhir ini amat mengelirukan ahli parti.

Amalan Haji Hadi berdua-duaan dengan Perdana Menteri, Najib Razak pada masa ini bertentangan dengan apa yang dilakukan terhadap Timbalan Presiden PAS suatu masa dahulu yang telah memecat Ustaz Nasharauddin hanya kerana berbaik-baik dengan UMNO.



Ahli-ahli PAS masih ingat lagi bagaimana seorang Timbalan Presiden dipecat semata-mata bersama Perdana Menteri, Najib dalam lawatan ke Semenajung Gaza, Palestin.

Pengerusi Majlis Ulama PAS yang juga merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Aziz (Allahyarham) berkata tiada cara lain kecuali memecat bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa serta merta. 

Perkara ini kemudiannya disahkan sendiri oleh Setiausaha Nik Aziz, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang menyatakan keputusan itu dibuat kerana kedegilan Nasharudin mengikuti lawatan rombongan Najib Razak di Semenanjung Gaza sekaligus melanggar larangan Nik Aziz. 

Bagaimanapun, alasan Nik Aziz dan PAS bahawa Nasharudin Mat Isa dipecat pada mesyuarat 13 Januari 2013 disebabkan melanggar peraturan yang ditetapkan PAS seperti tidak hadir mesyuarat hanyalah helah semata-mata. 

Jika benar Nasharudin dipecat kerana kesalahan itu, sudah lama Nasharudin Mat Isa kena pecat. Tetapi, kenapa baru diumumkan sebaik sahaja gambar Nasharudin Mat Isa bersama rombongan Najib Razak mengadakan lawatan di Semenanjung Gaza tersebar. Malah, ketika itu tiada seorangpun pemimpin PAS mahupun ahli tertinggi Majlis Syura Ulama PAS menghubungi beliau untuk memaklumkan tentang pemecatan tersebut. 

Begitulah bencinya PAS terhadap UMNO.

Tetapi kini, demi dedak kah atau demi Islam, Haji Hadi sedaya mungkin cuba melunakkan ahli Parti dengan berada pada pentas yang sama dalam perhimpunan solidariti untuk Rohingya.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin berkata pada 24 Nov 2016, beliau telah membawa usul di bawah peraturan 19(a) untuk membahaskan isu pembunuhan etnik Islam Rohingya di Myanmar.

Namun beliau kesal kerana Speaker Dewan Rakyat telah menolak usul tersebut atas alasan ia akan "mencampuri hal negara lain" 

Bagaimanapun beliau hairan kerana tidak sampai seminggu usul yang dibawa di Parlimen ditolak, Perdana Menteri dilaporkan sedia hadir bersama Haji Hadi dalam himpunan besar-besaran untuk membantah apa yang berlaku di Myanmar.


Ahmad Zahid menerima cenderahati berupa potret beliau bersama Allahyarham Tuan Guru Haron Din pada majlis MPI yang dirasmikan beliau hari ini
Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Haji Idris Haji Ahmad turut bersama-sama

Hari ini (semalam) di Multaqa Perundangan dan Politik, Majlis Perundingan Islam (MPI) di The Everly Hotel, Putrajaya, cenderahati potret Allahyarham Tuan Guru Haron Din yang dipilih untuk diletakkan bersama-sama Zahid Hamidi.

Sesetengah pendapat menyatakan bahawa program-program Islam yang melibatkan pemimpin UMNO dan PAS sejak akhir-akhir ini merupakan serampang dua mata yang bertujuan untuk melunakkan ahli-ahli PAS agar mampu menerima UMNO bagi menghadapi PRU-14.

Apapun, kita berharap agar UMNO jujur memperjuangkan Islam walaupun beberapa kali menangguhkan pembentangan RUU355 di Parlimen.

Tetapi pemimpin PAS jangan lupa, ahli-ahli PAS tetap ingat sejarah pemecatan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nashruddin Mat Isa yang hanya semata-mata kerana beliau bersama Perdana Menteri, Najib melawat Palestin. 

Kenapa tiba-tiba yang haram dan paling dibenci telah menjadi halal dan disayangi?

p/s: Kemana perginya Pengerusi Jabatan Pilihanraya PAS, Dato' Hj Mustafa Ali, sunyi sepi tiada ulasan tentang PRU14.

23 comments:

  1. Orang yg paling berkuasa dalam pas dah tak ada, ibarat kucing tak ada tikus pun menari

    ReplyDelete
  2. Sedangkan ludah si mamak kepada kit siang boleh dijilat kembali oleh si mamak dengan lazatnya, apalah salahnya saudara sesama islam yg memang dah lama tak tahan dengan perangai diktator tua tu berbaik baik?

    Cecite admin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu je.....berayun la sampai mati

      Delete
  3. Dah kerana benci begitulah akhirnya di main2kan dap.

    ReplyDelete
  4. Dah kerana benci begitulah akhirnya di main2kan dap.

    ReplyDelete


  5. Dulu UMNO lain,
    Dulu PAS pun lain,
    Dlm politik kawan boleh jadi lawan, lawan boleh jadi kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lain, sekarang UMNO sangat buruk dipenuhi dgn mpemimpim pengampu makan dedak, bersekongkol dengan lanun bugis yang melanun 1MDB dan derma RM2.6 bilion, kenapa bila umno busuk dan buruk nilah pas nak bersekongkol??

      Delete
  6. Dulu dlm pas ramai musang...tu byk fitnah sampai ustaz nasha dan hasan ali dipecat...sekarang geng2 musang dlm pas dah tak da...apa yg benci sgt bila org Islam berbaik sama sendiri...baok dgn kafir tak pa pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila nak Saman 90m? Islam ke ni... Cakap tak serupa bikin... Atau dpt tambahan lagi...

      Delete
  7. madey berbaik dgn DAP, CG boleh terima, inikn sesama islam nk brbaik dperlekeh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak berbaik berbaik lah tapi bukan bersekongkol menutupi lanun bugis melanun 1MDB dan derma RM2.6 bilion

      Delete
  8. Mencari kebenarN sebenR.... Mcm ni ke caranya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lah ustaz nasharuddin dipecat kerana rapat dgn UMNO masa tu

      Delete
  9. Jgn silap, Ustz Nasaruddin dipecat adalah atas mainan politik puak parasit yg nak kurangkan pengaruh Haji Hadi dan Tuan Ibrahim. Puak parasit sekarang dah disingkirkan dan duk ramai ramai kumpul dlm AMANAH.
    Itu ramai org PAS tau org AMANAH pun tau. Ini cerita yg org luar tak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh mcm lah kita ni tak tau, puak tu tada kena mengena dgn ustaz nasharuddin, ustaz bukan org nik aziz, ustaz org haji hadi, puak yg ko kata dok dlm amanah tu nak jatuh kn orang nik aziz bukan ustaz nasharuddin, ustaz ni dibuang kerana tak sebulu dgn nik aziz n geng yg menguasai pas

      Delete
  10. Tapi fatwa ulu peradong tu pun boleh jilat balik ke mcm jilat apa?

    ReplyDelete
  11. Pas pun dah pandai jilat menjilat hayon berayaon?

    ReplyDelete
  12. Berapa kali nk jatuh dlm lubang yg sama?

    ReplyDelete
  13. LAKONAN UMNO MAHA HEBAT HINGGAKAN LEBAI PAS PON LONGLAI TERPAKU TERKELIRU

    DAH JELAS DI SINGAPURA BEBERAPA INDIVIDU TERLIBAT DGN 1MDB DIDAKWA DAN DIPENJARA TAPI LEBAI PAS MASIH BUAT2 BODOH BEBAL DOK SEKONGKOL DENGAN LANUN BUGIS

    ReplyDelete
    Replies

    1. Kalaulah Najib hendak menipu melalui 1mdb, maka sangat bodohlah ia berurusan dg Singapore. Ada banyak pilihan negara lain yang pemeriksaannya lebih longgar.

      Delete
  14. Insya Allah kita talkinkan dua2 pas dgn umno tu.

    ReplyDelete
  15. Hahaha ada hati nak TALKINkan umno n pas..

    Dah kuat sangat ker???

    Mat sabu,din sembab,lks,jijah kipas..smueny lembik2 belaka..
    Anto jamal MERAH,smueny mnyusup cam tikusss.

    Kihkihkih

    ReplyDelete
  16. 700 billion hutang negara÷ bayar 50 billion setahun
    =14 tahun kena bayar hutang
    Pendapatan negara cecah 50 billion setahun...?

    Sedak ke pemakan dedak belake...

    Insyallah pribumi dan harapan menang pru14

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com