innity

pages

Tuesday, December 6, 2016

Ahli PAS BIMBANG dan Tidak Selesa HUBUNGAN NAJIB-HAJI HADI


SHAH ALAM - Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar cuba meredakan kebimbangan ahli PAS mengenai jalinan hubungan politik Pas-Umno kini.

Ujar Ahmad Shamsuri, beliau faham mengenai kebimbangan sesetengah rakannya dalam Pas, namun katanya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah masak dengan 'permainan' Umno.

"Ana sangat memahami kebimbangan sahabat-sahabat dalam melihat percaturan antara Pas-Umno.

"Jangan bimbang. Semua kita tahu bahawa Umno sedang lemas dan mencari penyelamat politik mereka. Mereka boleh bermuka-muka, seperti kebiasaan mereka selama ini.

"Tuan Guru sangat sedar dan arif terhadap tipu muslihat Umno dan seangkatan dengan Umno. Bukan sehari dua Tuan Guru dan pimpinan Pas mengenali Umno. Puluhan tahun yang penuh perit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, selama pimpinan Pas tetap menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan prinsip utama, fiqh sirah sebagai garamnya, pengalaman sebagai pemanisnya, selama itulah parti itu berada dalam pemeliharaan ALLAH dalam mencapai mardhatillah.

"Politik dan dakwah serta tarbiyah yang kita bawa ini tidak terpisah-pisah. Kita tak akan rugi, kerana kerja buat kita untuk meninggikan kalimah ALLAH ini akan dikira sebagai amal kebaikan di sisi ALLAH. Bekalan kita mengadap ALLAH  di hari pengadilan-NYA. Tetaplah kita istiqamah, insya-ALLAH," katanya.

Hubungan Pas dan Umno kini semakin mesra, selepas dilihat beberapa kali kedua-dua presiden parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Hadi duduk semeja bagi membincangkan perkara yang melibatkan kepentingan ummah.

Ia rentetan daripada pendekatan Pas kini yang mengamalkan amalan politik matang.

Selain bersama dalam isu Pindaan Akta RUU355, terbaharu Najib dan Hadi sepentas dalam Himpunan Soladariti Untuk Ummah Rohingya.

7 comments:

  1. Bersepakat dlm hal kebaikan dan untung ummah apa salahnya.

    ReplyDelete
  2. bagi UMNO hanyut dulu..lepas tu last minit PAS swing...(oppsss..terbukak rahsia)

    ReplyDelete
  3. dah tu admin ingat ahli dapigs dgn PgayR..PAN selesa ka bila mamak kutty jilat kahak dia balik..sampai ada yg kluar parti la bila bapak ayam dan pelacur tua depa gelar tu mai majlis dapigs..

    ReplyDelete
  4. Untung najib je cuba nak lepas kan diri dari 1mdb sbb dia akan msk sg.buluh.

    ReplyDelete
  5. Kerjasama utk kebaikan umat Islam secara umum tak kira parti.

    ReplyDelete
  6. Org islam bila pemimpin bersatu tak suka..pemimpin islam bertelagah suka..ini kah yg diajar oleh Al-Quran..hadis dan ijtima ulama'???..kalau ketiga-tiga saluran itu menyuruh..ikut jer lah... klu tak disuruh..tapi diikut..mcm mana??..islam ker kafir org tu??...sendiri mau ingat lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau betul pemimpim silam, tidak akan ada isu 1mdb..semua nya disekat, didakwa ditukar..kalau betul pemimpn islam, biar keadilan dijalankan dgn telus..kalau pemimpin islam, tidak akan ada GST..cukai itu adalah HARAM dlm islam..BYK LG..SILA PIKIR SENDIRII

      dah buat semua ni baru la cita nak gabung sesama pemimpin islam..ambik dan amal islam jgn sekerat sekerat..ambik dan amal secara keseluruhan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com