innity

pages

Friday, December 23, 2016

Adik bongsu TPM Zahid, Ahmad Dzulfikri Hamidi meninggal dunia

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menanti jenazah adiknya Allahyarham Ahmad Dzulfikri Hamidi untuk dimandikan di Hospital Angkatan Tentera Sultan Mizan, Wangsa Maju. - Foto Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Adik Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Dzulfikri Hamidi meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada jam 11.30 malam tadi. 

Allahyarham Dzulfikri, 45, merupakan adik bongsu kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, Perak selepas solat Jumaat esok.

Sementara itu, Pegawai Khas kepada timbalan perdana menteri, Datuk Khairuddin Tarmizi yang mengesahkan perkara itu berkata Ahmad Dzulfikri menghembuskan nafas terakhir di
Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

"Ketika Datuk Seri Ahmad Zahid menelefon saya memaklumkan mengenai perkara ini tadi, saya tidak sempat bertanyakan sakit apa," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

1 comment:

  1. Innalillahi wainna ilaihi raji'un

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com