innity

pages

Saturday, December 31, 2016

6 pegawai SPRM terlibat dalam siasatan SRC DITUKAR KELUAR Bhg Operasi Khas


Enam pegawai kanan di Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat secara langsung dalam siasatan terhadap SRC International, telah dipindahkan.
Difahamkan enam pegawai berkenaan dalam pasukan penyiasat itu, termasuk timbalan ketua bahagian itu, Tan Kang Sai.
BOK ditubuhkan pada 2010 untuk mengendalikan kes-kes berprofil tinggi serta kes-kes yang melibatkan rasuah lebih RM1 juta.
Dua pegawai dari pasukan itu telah dipindahkan pada bulan Oktober, manakala selebihnya, termasuk Tan, dipindahkan bulan ini. Kekosongan jawatan mereka yang dipindahkan dari unit khas itu, tidak diisi.
Difahamkan empat daripada mereka telah dipindahkan ke bahagian siasatan SPRM, manakala yang lain dipindahkan ke SPRM negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain. - MK

1 comment:

  1. Fuad zakat potong je...sprm pun di rasuah la kalau pegawai siasat di pindah
    Insyallah..makbul doa rakyat hapus lenyap najib bn umno
    Insyallah menang pru14 pribumi. Warisan .harapan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com